Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

97) WABAK PENYAKIT DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah wabak penyakit denggi semakin ketara, terutama di Selangor. Parit/saliran air di negeri masih tidak dikendalikan dengan sempurna sehingga air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan malaria. Apakah tindakan segera dan rancangan masa panjang oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Antara tindakan segera dan rancangan masa panjang oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut :-

    Kebanyakan pembiakan nyamuk di takungan air yang kotor pada kawasan parit/saliran tersumbat tidak melibatkan pembiakan nyamuk aedes. Namun, apabila terdapat bekas takungan air (jernih) di dalamnya seperti bekas minuman serta bekas polisterin ia amat berpotensi tinggi. Kebanyakkan bekas pembiakan dijumpai di kawasan sekeliling.

    Antara tindakan segera bagi menangani masalah denggi adalah seperti berikut:

    • Melaksana aktiviti cari dan musnah kawasan pembiakan nyamuk (source reduction) termasuk mengadakan gotong-royong isi rumah serta persekitaran.
    • Meningkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan PBT serta Pejabat Kesihatan Daerah bagi aktiviti kawalan denggi seperti semburan kabus (membunuh nyamuk dewasa) serta larvisiding (membunuh jentikjentik) di lokaliti dilaporkan kes/wabak. Ini termasuklah memaksimakan keperluan sumber manusia serta logistic dari kedua-dua pihak secara terancang dan berjadual.
    • Mengeluarkan Notis Pembersihan Seksyen 8 atau pengeluaran kompaun bagi premis yang dijumpai pembiakan.
    • Melaksanakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, diadakan di semua daerah yang mengalami wabak denggi. Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk meningkatkan koordinasi serta peranan pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi faktor risiko pembiakan nyamuk Aedes di lokaliti wabak denggi. Di peringkat negeri, Mesyuarat Khas Wabak Negeri dijalankan setiap minggu bagi merancang aktiviti kawalan serta pencegahan denggi di setiap PBT.

    Tindakan jangkamasa panjang bagi menangani masalah Denggi di Negeri Selangor,

    • Memberi penekanan kepada masyarakat tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua  (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) . Aktiviti serta program dilaksana di pelbagai peringkat dan kawasan agar mesej dapat disampai secara jelas melalui risalah pendidikan kesihatan denggi, media masa serta media social mahupun melalui program/ aktiviti khas yang telah direncana.
    • Mempromosi serta menggalakkan penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan secara berterusan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi seperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.
    • Pemantauan berkala serta tindakan penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.
    • Memastikan peranan serta tanggungjawab agensi terlibat/pemilik premis contoh kawasan tumpuan awam, tapak binaan, sekolah/ IPTA/IPTS dan sebagainya dalam melaksanakan aktiviti pencegahan denggi berterusan di kawasan mereka agar sentiasa bebas pembiakan nyamuk aedes. Pemeriksaan berkala di premis berkenaan akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan (PBT/ Pejabat Kesihatan

Lampiran

Tiada Lampiran.