Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

91) KARNIVAL GEMS KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dapatan pelaksanaan program ini?

    Program Jelajah Generasi Idaman Selangor merupakan satu inisiatif yang di ambil oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dalam usaha menangani gejala sosial di Negeri Selangor. Dapatan daripada program tersebut seperti berikut:

    • Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja dan belia mengenai bahaya terjebak dalam gejala sosial melalui ceramah yang berbentuk santai dan penglibatan dalam aktiviti berfaedah.
    • Meningkat kerjasama di antara jabatan/agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha menangani gejala sosial dan di samping itu dapat memberi pemahaman berkaitan bidang tugas dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat.
    • Mewujudkan golongan masyarakat yang cintakan ilmu melalui aktivitiaktiviti seperti gerakan membaca perdana dan perkongsian-perkongsian ilmu bersama tetamu jemputan.
  2. Sejauh manakah keberkesanan program ini kepada generasi muda di luar bandar?

    Melalui konsep turun padang ini masyarakat luar bandar khususnya akan menerima maklumat berkaitan dengan kemudahan-kemudahan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada belia seperti berikut :

    Aktiviti Impak
    Kaunter IPT/IPTS Maklumat berkaitan kelayakan masuk ke IPT/IPTS.
    Kaunter         Cawangan

    Biasiswa dan Pinjaman

    Maklumat berkaitan dengan hadiah pengajian tinggi yang di tawarkan oleh
    Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor.
    Forum Jejak Ilmuwan Memberi peluang kepada golongan muda supaya mengenali dan mendekati golongan ilmuwan seperti tokoh Akademik Negara.
    Jom Kerja Memberi peluang secara langsung untuk golongan belia untuk mendapat pekerjaan.
    Persembahan Menyediakan hiburan yang mendidik jiwa kepada golongan muda.
    Kuala Selangor Berselawat Memberi penekanan kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam untuk menjadikan Rasulullah sebagai Ikon.
    Forum Memberi ilmu yang berfaedah kepada golongan muda dalam bentuk santai.

    Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Jelajah Generasi Idaman ini merupakan program alternatif kepada golongan muda untuk bersosial. Dengan adanya program-program seumpama ini, ia akan mendorong golongan muda melakukan aktiviti yang berfaedah dan berilmu. Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan akan melaksanakan program susulan bagi mereka yang telah terlibat dalam Jelajah Generasi Idaman Selangor ini.

  3. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi perlaksanaan program ini dan senaraikan secara terperinci?

    Bil Perkara Jumlah
    1. Promosi

    •      Kain Rentang

    •      Risalah

    •      Bunting

    •      Poster

    RM 15,000.00
    2. Makanan

    •      Peserta Majlis Dialog

    •      Peserta Pameran/ Jabatan Agensi Kerajaan

    •      Peserta Kuala Selangor Berselawat

    •      Peserta Program Jejak Ilmuwan

    •      Program Bakti Siswa

    RM 12,000.00

     

      •      Majlis Perasmian

    •      Urus setia Program

     
    3. Logistik ( Sewaan)

    •      Sistem Pembesar Suara

    •      Sistem Lampu

    •      Marquee Tank  Khemah

    •      Sistem Jana kuasa

    •      Permit Suruhanjaya Tenaga

    •      Kerusi

    •      Meja

    RM 63,700.00
    4. Pertandingan Mewarna

    •      Pensel warna

    •      Kertas lukisan

    •      Pengadil

    RM   1,600.00
    5. Sewaan Pengangkutan

    •      Pelajar Tahfiz

    •      Penerima Zakat

    RM   5,000.00
    6. Lain-lain

    •      Penceramah/ Selebriti Jemputan

    •      Cabutan Bertuah

    RM 12,000.00
      Jumlah RM 109,300.00

Lampiran

Tiada Lampiran.