Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

90) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan negeri tahun 2014 ?

    Projek rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan negeri dalam tahun 2014 adalah sebanyak 4 projek yang melibatkan 2,965 unit. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Perincian Projek Rumah Mampu Milik Yang Akan Dibina Dalam Tahun 2014

    Bil Nama Projek Pemaju Jumlah Unit
    1. Desa Alam, Seksyen U12,

    Shah Alam, Petaling

    PKNS / Debbin Sdn. Bhd. 104
    2. Sutera Damansara,Pekan Baru Sg Buloh, Petaling PNSB / Semponia Sdn. Bhd. 236
    3. Seksyen 1D, Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 129
    4. Ukay Indah, Sg Sering, Hulu Kelang, Gombak LPHS 2,496
      JUMLAH   2,965
  2. Berapa banyak yang telah mendaftar di Lembaga Perumahan Negeri Selangor untuk rumah mampu milik ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Mac 2014, jumlah permohonan

    Rumah Mampu Milik yang berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adalah seramai 7,335 orang pemohon. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bil   Daerah   Jumlah
    1. Klang     338
    2. Petaling     3,261
    3. Gombak     814
    4. Hulu Langat     1,493
    5. Sepang     522
    6. Kuala Langat     55
    7. Kuala Selangor     63
    8. Hulu Selangor     345
    9. Sabak Bernam     39
    10. Tiada Maklumat     405
          Jumlah 7,335
  3. Berapa harga ditawarkan dan adakah harganya berubah mengikut harga pasaran semasa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, harga yang ditawarkan di dalam skim rumah mampu milik Selangorku ini adalah di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan- kemudahan tambahan yang disediakan. Harga jualan ini merupakan harga kawalan di mana harga dan penjualannya dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Harga jualan ini akan kekal sehinggalah pembeli pertama membuat pindah milik kepada pembeli kedua dan harga jualan pada waktu itu adalah mengikut harga pasaran dan tidak lagi di kawal oleh LPHS, namun urusan pindah milik perlu di pohon kepada kerajaan negeri melalui LPHS selepas 5 tahun pegangan untuk diproses.

Lampiran

Tiada Lampiran.