Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
84) MUZIUM PERMAINAN DI ATAS BUKIT MALAWATI KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan yang boleh dinyatakan berkaitan Muzium Permainan tersebut yang telah terbakar?
Kerja – kerja membaik pulih bangunan telah di serahkan kepada pihak JKR Kuala Selangor.
-
Apakah tidak ada cadangan dari Kerajaan Negeri untuk membaik pulih atau membina baru Muzium tersebut?
Muzium Permainan yang telah terbakar kini dalam tindakan pihak JKR Kuala Selangor untuk menyelaras semual skop kerja yang telah disediakannya dengan anggaran harga RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima ratus Ribu Sahaja) kepada RM 350,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja) berdasarkan pampasan yang diterima dari pihak insurans oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Untuk makluman, kerja-kerja baik pulih diserahkan kepada pihak JKR kerana PADAT tidak mempunyai kakitangan teknikal.