Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

73) KOS PENYELENGGARAAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tidak seperti Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan yang dapat peruntukan untuk membayar perbelanjaan pejabat, JKKK perlu menanggung segala perbelanjaannya termasuk membayar bil elektrik dan air bagi dewan JKKK. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi bantuan kewangan kepada JKKK?

    Ketua-Ketua Kampung merupakan pemimpin masyarakat dan wakil Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Pemilihan Ketua-Ketua Kampung ini adalah melalui proses temuduga yang melibatkan ADUN, Ahli Parlimen kawasan serta wakil-wakil parti dan Pejabat Daerah. Pelantikan sebagai Ketua Kampung merupakan satu mandat dan amanah Kerajaan Negeri di mana Ketua-Ketua Kampung bertanggungjawab menjadi ketua masyarakat dan mengutarakan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh masyarakat tersebut. Tugas Ketua Kampung merupakan satu ibadah dan juga kerja secara sukarela atau ‘social work’ tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberi elaun sebanyak RM800.00 sebulan kepada Ketua Kampung. Selain itu, setiap Ketua Kampung diberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 setahun bagi mengadakan aktiviti-aktiviti atau program-program JKKK. Bagi perbelanjaan pembiayaan bil-bil elektrik dan air adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran JKKK manakala penyelenggaraan dewan JKKK diuruskan oleh Pejabat Daerah/ Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.