Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

71) INFRASTRUKTUR SEKOLAH DAN HOSPITAL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah telah ada permohonan Kebenaran Merancang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar dan Hospital Baharu di Mukim Kapar?

    Kebenaran Merancang bagi cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar telah diluluskan secara dasar oleh Jawatankuasa OSC, MPK bil. 13/2013 pada 4/7/2013 dan kini dalam peringkat akhir pematuhan syarat-syarat teknikal sebelum Kebenaran Merancang diberikan. Bagi cadangan Hospital Baharu di Mukim Kapar sehingga kini tiada permohonan Kebenaran Merancang untuk cadangan hospital diterima.

  2. Apakah status tukar hak milik tanah tersebut?

    Status tanah bagi cadangan sekolah adalah tanah persendirian yang telah dibuat pengambilan tanah di bawah akta pengambilan balik tanah 1960 oleh pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Manakala bagi hospital masih berstatus tanah pertanian di bawah hak milik berdaftar milik Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd.

  3. Apakah sokongan kerajaan Selangor, bagi mempercepatkan projek ini siap?

    Majlis akan menyegerakan proses permohonan Kebenaran Merancang dan pelan-pelan pembangunan apabila pihak Kementerian mengemukakan pelan pemajuan kepada Majlis berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.