Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
57) PADANG BOLA SEPAK AWAM DI DUN PAYA JARAS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaik pulih beberapa padang awam bagi tujuan pembangunan sukan bola sepak?
MBSA memang sentiasa melaksanakan kerja-kerja membaikpulih padang bola seperti meratakan permukaan padang, membina dan membaiki pagar penghadang, tiang gol, garisan padang dan sebagainya. Manakala pembinaan padang bola bagi pembangunan sukan bola sepak yang mengikut piawaian antarabangsa akan dibina di Jalan Kebun, Seksyen 30 dengan keluasan 2.96 ekar dalam Lot PT 3253 dan di Bukit Cerakah Seksyen U15 dengan keluasan 4.09 ekar dalam lot PT 468. Spesifikasi padang bola adalah bersaiz 105 meter panjang x 68 meter lebar termasuk pembinaan ‘subsoil drainage’, sistem pencahayaan, tempat duduk penonton, tempat letak kereta, landskap dan laluan pejalan kaki dengan anggaran kos sejumlah RM575,000.00. Pada April 2014, iklan tawaran tender bagi penggantian ini dijangka diiklankan dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Jun 2014 dan siap pada Oktober 2014.
-
Adakah cadangan untuk mewujudkan sebuah stadium mini di Padang Awam MBSA di Kg. Paya Jaras Hilir?
Majlis tiada apa-apa cadangan untuk mewujudkan stadium mini di Kg. Paya Jaras Hilir. Walaubagaimanapun pihak Majlis akan mensyaratkan penyediaan 12 padang bola dan kawasan rekreasi (taman bandar) berkeluasan 45 ekar di kawasan pembangunan ’Elmina West’ Seksyen U17 yang dibangunkan Tetuan Sime Darby Property Berhad.
Untuk cadangan tapak rekreasi awam di Kg. Paya Jaras Hilir, merujuk
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah Dan Sumber Alam Bil.3/2013 pada 22hb Mac 2013, YAB Dato’ Menteri Besar menghendaki pihak MBSA untuk mengemukakan cadangan kegunaan tapak awam di atas rezab bekas laluan paip air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Kg. Paya Jaras Hilir, Seksyen U18, Shah Alam yang berkeluasan 0.970 ekar. Majlis telah mengemukakan surat maklumbalas kepada PTG melalui surat rujukan (12) MBSA/PRG/KP/2423-09 (U18-041) dengan mencadangkan tapak tersebut dijadikan taman rekreasi awam berbentuk ‘Linear Park’ yang dikawal selia oleh MBSA.
MBSA sedang dalam penyediaan pelan untuk pewartaan tapak tersebut bagi tujuan rekreasi awam yang akan dikemukakan ke Pejabat Tanah Daerah Petaling pada bulan April 2014.