Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
48) SURIMAH TANGGA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah suri rumah tangga mengikut pecahan daerah dan kaum bagi tahun 2008-2014?
Kerajaan Malaysia tiada data khusus kategori suri rumah di Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor akan memperolehinya menerusi soal selidik dan kajiannya.
-
Apakah polisi dan skim Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan suri rumahtangga?
Golongan suri rumah tangga merupakan salah satu daripada dua belas golongan sasaran yang disebut dalam Pelan Tindakan Wanita Negeri Selangor.
Polisi dan skim Kerajaan Negeri Selangor untuk suri rumah ialah yang akan memberi jaminan kewangan kepada mereka, membantu mereka memperoleh pendapatan dari rumah dan mewujudkan sistem pekerjaan sektor informal yang memelihara hak suri rumah yang ingin bergiat dalam pekerjaan secara informal (part-time).