Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
45) PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik pemberi maklumat di bawah Akta 711 di Negeri Selangor dan PBT?
Sehingga kini, tiada Pemberi Maklumat yang tampil di PBT-PBT sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta 711 sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dilaksanakan.
-
Apakah cadangan kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih pemberi maklumat?
Antara cadangan dan langkah Kerajaan Negeri bagi menggalakkan lagi Pemberi Maklumat ini tampil ke hadapan ialah :-
- Pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan saluran aduan kepada pemberi
- Pemahaman dan perspektif yang jelas dalam aspek perundangan dan hukuman dalam pelaksanaan akta
- Melantik Pegawai Integriti seperti yang telah dilaksanakan oleh MP Selayang dan MP Ampang
- Membuat hebahan dan publisiti kepentingan memberi maklumat dan keberkesanan kepada agensi
-
Apakah cadangan kerajaan negeri untuk menambahbaik perlindungan kepada pemberi maklumat, terutamanya di PBT
Antara cadangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik perlindungan Kepada Pemberi Maklumat, terutamanya di PBT ialah :-
- Menubuhkan Jawatankuasa serta melantik Pegawai Integriti bagi tujuan memantau pelaksanaan akta tersebut di semua PBT