Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

41) CARUMAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Caruman Wanita Selangor akan dilaksanakan?

    Ia akan dilaksanakan pada akhir tahun 2014 ini.

  2. Apakah bentuk caruman yang akan dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti lanjut tiga bentuk caruman yang dicadangkan di peringkat kajian dan analisis:

    • Model Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlandaskan caruman bulanan
    • Model Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)
    • Model SMUE berlandaskan faktor-faktor kritikal mengenai keperluan semasa ibu tunggal akibat kematian suami, perceraian atau kehilangan keupayaan suami mencari nafkah.

    Ketiga-tiga bentuk di atas mempunyai sistem pungutan atau pengagihan kepada golongan sasaran dengan cara yang berbeza dan mempunyai implikasi kewangan yang berbeza.

    *Suatu bentuk kombinasi antara kedua i. & ii. di atas juga sedang dipertimbangkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.