Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

40) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anak - anak syarikat yang bernaung di bawah MBI?

    Anak Syarikat yang bernaung di bawah MBI berjumlah 12 syarikat.

  2. Berapa jumlah sumbangan CSR MBI dan anak - anak syarikat setahun kepada program MES dan program / projek kerajaan negeri?

    Bagi tahun 2013, purata jumlah sumbangan CSR MBI dan anak syarikat adalah sebanyak RM50.5 juta bagi Program MES dan Program Kerajaan Negeri.

  3. Siapakah CEO MBI dan berapa ramai pegawai yang diambil bertugas untuk pengurusan dan pentadbiran MBI?

    CEO MBI adalah Puan Faekah Binti Husin di mana jumlah Pegawai dan Kakitangan bertugas bagi pengurusan dan pentadbiran MBI berjumlah 34 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.