Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

37) PERLAKSANAAN MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada halangan PBT, untuk melaksanakan ke atas jalan-jalan JKR, kampung dan Pertanian?

    Tiada halangan. Semua kerja selenggaraan jalan boleh dilaksanakan  ke atas jalan-jalan yang berdaftar dengan sistem MARRIS Onlinedan hendaklah mematuhi Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri. Amalan penyelenggaraan sekarang adalah mengikut pembahagian iaitu pelaksanaan jalan-jalan JKR akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya, penyelenggaraan Jalan Kampung dilaksanakan oleh Pejabat Tanah/Daerah manakala penyelenggaraan Jalan Pertanian akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

  2. Peruntukan yang tinggi kepada PBT setiap DUN. Adakah PBT dibenarkan untuk MARRIS Jalan Luar Bandar & desa?

    Peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan panjang jalan yang berdaftar dengan Sistem MARRIS Online. Cadangan PBT untuk melaksanakan penyenggaraan Jalan Luar Bandar dan Desa boleh dibincangkan bersama dengan Pejabat Tanah/Daerah asalkan jalan berkenaan telah berdaftar dengan Sistem MARRIS Online.

  3. Memastikan peruntukan dibelanja dalam tahun kewangan. Adakah audit dilaksanakan?

    Analisa perbelanjaan boleh dilihat melalui laporan prestasi  Berikut adalah prestasi perbelanjaan Tahun 2013:-

    Bil Perincian Jumlah (RM)
    1 Terimaan dari Persekutuan 498,033,993.22
    2 Perbelanjaan 165,572,688.51

     

    Pelbagai jenis audit telah dilaksanakan seperti berikut:-

    1. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3

    Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada penyenggaraan jalan Negeri dibuat menggunakan peruntukan wang pemberian jalan Negeri bagi memastikan pelaksanaan dibuat dengan cekap dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

    1. Audit oleh Perbendaharaan Negeri Selangor disertai oleh Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi untuk memastikan peruntukan yang diberikan di belanjakan mengikut Garis Panduan

    Skop pengauditan merangkumi pecahan seperti berikut:-

    • Pengurusan Perakaunan Bagi Terimaan Dan Bayaran;
    • Pengurusan Perolehan Bagi Projek-Projek Penyenggaraan Jalan Negeri;
    • Perekodan Data-Data Jalan Pada Sistem MARRIS; dan
    • Pemeriksaan Fizikal Ditapak Bagi Projek-Projek Penyenggaraan Jalan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.