Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

34) PEMBINAAN ASRAMA DAN SEKOLAH SRJKT(T) LADANG COALFIELDS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membetulkan persepsi rakyat Ijok terhadap masalah ini?

    Kerajaan Negeri mengambil serius isu Pembinaan Asrama  dan  Sekolah  SRJK(T) Ladang Coalfields. Hal ini telah pun diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang ke-16. Mesyuarat tersebut yang bersidang telah memutuskan satu keputusan di mana segala  isu-isu berkaitan tanah dan pembinaan akan diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Kerja Raya Selangor. Kerajaan Negeri sedaya upaya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul secepat mungkin khususnya melibatkan isu tanah yang membuatkan pembinaan tertangguh sementara.

    Pihak-pihak yang terlibat sedang merangka pelan baru dan akan melaksanakan kerja-kerja tertangguh dengan kadar segera.

    Tujuan utama pembinaan sekolah dan asrama Ladang Coalfield adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan anak-anak pekerja ladang berkenaan khususnya.

    Perancangan awal pembinaan asrama dan sekolah tersebut adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di kalangan anak-anak penduduk kawasan berkenaan, di samping dapat meningkatkan taraf hidup anak-anak di masa akan datang.

    Walaubagaimanapun, rakyat Ijok tidak nampak akan kepentingan pembinaan tersebut akibat masalah-masalah teknikal yang dihadapi yang membawa kepada kelewatan pembinaan.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan memantau secara teliti semua perancangan yang akan dilaksanakan secara berterusan sehingga pembinaan tersebut selesai dan selamat untuk digunakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.