Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
29) WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah peserta yang telah mengikuti aktiviti Pusat Wanita Berdaya?
Jumlah peserta yang telah mengikuti aktiviti PWB ialah
-
Apakah kayu ukur pencapaian kejayaan Pusat Wanita Berdaya?
Ada beberapa aspek ukuran pencapaiannya.
- Jumlah bilangan wanita yang menyertai program-program
- Peningkatan pendapatan wanita setelah menghadiri kelas-kelas kemahiran PWB
- Kecekapan pengurusan PWB berlandaskan kehendak SOP PWB
- Status lokasi PWB berlandaskan kehendak SOP PWB
- Pelaksanaan program-program berstruktur mengikut aras pencapaian yang telah
- Kewujudan dan Pengemaskinian pangkalan data
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun 2013 untuk menjayakan program-program Pusat Wanita Berdaya?
Sepanjang tahun 2013, perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM962,500.00 telah dibelanjakan ke atas PWB, yang mana sebanyak RM645,000.00 telah dibelanjakan bagi tujuan penyediaan peralatan asas dalam melaksanakan aktiviti PWB berkaitan. Manakala, perbelanjaan bagi pelaksanaan program dan latihan di peringkat PWB adalah berjumlah RM317,500.00.