Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

24) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak muda, wanita, terutamanya ibu tunggal?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dalam merancang dan melipatgandakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri Selangor terutamanya kepada golongan anak muda (belia) dan ibu tunggal.

    Antara perancangan dan langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan adalah dengan mengadakan program – program seperti berikut :

    • Kerjasama dengan Selangor State Investment Centre (SSIC) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan menyertai pameran perdagangan bertujuan menarik pelabur dari dalam dan luar
    • Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula tahun 2009 – 2014 dengan kehadiran seramai 7,933 pemohon, selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga Maklumat terperici pelaksanaan program seperti di lampiran A;
    • Melalui tajaan pelajar di kolej INPENS khusunya kepada pelajar – pelajar yang berpendapatan rendah dengan jumlah tajaan sebanyak RM6,550 dan jumlah pelajar yang telah ditajakan adalah seramai 2,450 orang; dan
    • Menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia dan ibu tunggal bagi memberikan pendedahan mengenai peluang – peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan seperti :
    1. Kursus Asas Keusahawanan
    2. Kursus Pemasaran;
    3. Kursus Pengurusan Kewangan; dan
    4. Kursus Rancangan Perniagaan

    Melalui program seminar tersebut, para peserta akan didedahkan kepada peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat berkenaan dengan bantuan – bantuan kewangan untuk tujuan perniagaan dari agensi – agensi Kerajaan Negeri seperti Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), bank-bank komersial seperti Agro bank, BSN serta agensi Kerajaan Pusat seperti PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad).

    Selain itu, melalui geran selangorku, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bantuan perniagaan bagi membantu belia-belia yang berpotensi dalam bidang berkenaan terutamanya bekas-bekas pelajar INPENS.

    Disamping itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan berbentuk mesin- mesin pemerosesan kepada usahawan – usahawan termasuk golongan belia yang telahpun memulakan perniagaan mereka tetapi kekurangan modal untuk membeli mesin – mesin pemerosesan tersebut.

    Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Peransang Selangor Berhad telah melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dengan menyediakan kursus – kursus kemahiran umum dan khusus.

    Objektif utama Program RKSS ini adalah untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan untuk mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran – kemahiran khusus seperti kemahiran teknikal dan sebagainya. Program ini dilaksanakan dalam dua (2) fasa utama iaitu :

    Fasa I: Penyediaan kursus dan latihan yang strategik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah- siswazah dalam negeri Selangor bagi membolehkan mereka lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perusahaan perniagaan sendiri; dan

    Fasa II: Penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-The-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus.

    Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) secara percuma kepada mahasiswa Selangor (lepasan Diploma dan Ijazah) sejak September 2011 hingga Disember 2012 seramai 735 orang telah terlibat di dalam program ini. Manakala pada tahun 2013, Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) telah ditukar kepada Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di mana majlis pelancaran telah diadakan sempena Karnival RKRS di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15-16 Disember 2012. Karnival RKRS telah dilaksanakan buat kali kedua pada 23 – 24 Februari 2013 di Dewan Bunga Kertas Seksyen U2 TTDI Jaya, Shah Alam bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai kursus-kursus latihan yang disediakan. Program RKRS terbuka kepada belia, mahasiswa, surirumah dan pesara ditawarkan secara percuma dan telah berjaya melibatkan seramai 1047 orang. Maklumat terperinci mengenai senarai kursus seperti di lampiran B.

  2. Adakah Kerajaan Negeri memaparkan peluang pekerjaan berkenaan dalam laman web Kerajaan Negeri?

    Web atau portal Kerajaan Negeri merupakan salah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan maklumat program di bawah Petadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan antaranya ialah hebahan mengenai peluang pekerjaan.

    Maklumat – maklumat tersebut boleh di dapati dengan melayari laman sesawang seperti berikut :

    1. selangor.gov.my (sub menu RAKYAT/Jawatan kosong SUK / Skim Mikrokredit Miskin Bandar / Skim Mikrokredit Selangor)
    2. selangor.gov.my (sub menu PEGUMUMAN);
    • Portal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
    1. perangsangselangor.com (csr-events/program-tanggungjawab- sosial- korporat).

    PENCAPAIAN PROGRAM JOM KERJA BERMULA TAHUN 2009 – 2014

     

     

    Bil

     

     

    Daerah

     

    Tarikh Program

     

    Syarikat Terlibat

     

    Pemohon : Berdaftar (Orang)

    Pemohon : Berjaya Ditemuduga (Orang)
     

    1.

     

    Sabak Bernam

    dan Kuala Selangor

     

    7 – 8 Nov

    2009

     

    20 buah

     

    1,078

     

    480

     

    2.

     

    Kuala Langat

    14 – 15 Dis

    2009

     

    16 buah

     

    1,672

     

    670

     

    3.

     

    Klang

    9 – 10 Jan

    2010

     

    29 buah

     

    2,060

     

    886

     

    4.

     

    Petaling

    3 – 4 April

    2010

     

    22 buah

     

    400

     

    187

    5. Hulu Selangor 18 April 2010 20 buah 141 81
    6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137
    7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118
    8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52
    9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31
    10. Klang 30 – 31 Mac

    2013

    23 buah 884 304
    11. Kuala Selangor 8 Februari

    2014

    17 buah 1,166 426
    JUMLAH 7,933 3,372

    PENCAPAIAN PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS)

    RKRS 2011 – 2012

    BIL KURSUS PENGETAHUAN /

    KEMAHIRAN

    TEMPOH PENYEDIA

    LATIHAN

    JUMLAH

    PESERTA

    1. Pembangunan Kemahiran Siswazah ·         Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir

    ·         Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja

    2 Minggu

    (14 hari)

    Malaysian Institute of Management (MIM)  

    42

    2. Pembangunan Usahawan Muda ·         Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing

    tinggi

     

    4 Minggu

    (30 hari)

     

    Corporate Education Development Centre (CEDC)

     

    57

     

    3.

     

    Perbankan dan Kewangan Islam

     

    ·         Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam

     

    11

    Minggu (33 jam)

     

    Pusat Pengajian At-Tibyan dan MIM

     

    38

     

    4.

     

    Pentadbir IT

    (IT

    Administrator), Sijil Keselamatan & Selenggara LAN dan Sijil Membaiki Komputer)

     

    ·         Kemhairan dalam pengurusan perkakasan (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb.

    ·          Kemahiran dalam pengurusan server, reka

    ·         bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah.

    ·         Kemahiran membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian)

     

     

     

    5 Minggu

    (25 hari)

     

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

     

     

    47

     

    5.

     

    Fiber Untuk Juruteknik

     

    ·         Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian.

     

    2 Minggu

    (10 hair)

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

    60

     

    BIL KURSUS PENGETAHUAN /

    KEMAHIRAN

    TEMPOH PENYEDIA

    LATIHAN

    JUMLAH

    PESERTA

     

    6.

     

    Kreativiti Dan Inovasi

    ·         Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi.  

    1 Minggu

    (5 hari)

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)  

    13

     

    7.

    Pengurusan & Operasi Halal ·         Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia.  

    2 Minggu

    (10 hari)

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)  

    196

     

    8.

    Adobe Photoshop & Microsof Office ·         Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop & Microsoft Office  

    3 Minggu

    (15 hari)

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)  

    18

     

    9.

     

    Industri Maritim/ Perkapalan

    ·         Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut

    dalam

    4 Minggu

    (30 hari)

    Myous Maritime Sdn. Bhd. 45
     

    10.

     

    Pembuatan Pakaian Lelaki dan Wanita

     

    ·         Pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakain lelaki dan wanita

     

    12

    Minggu (3 bulan)

     

    Akademik Jahitan Kamsiah

     

    47

     

    11.

    Percetakan Segera (Flash

    Stamp Printing)

    ·         Pengetahun dan kemahiran keusahawan

    dalam bidang percetakan segera

    3 hari  

    ANQR Flash Stamp Agency Sdn. Bhd.

     

    83

     

    12.

    Pendidikan Awal Kanak- Kanak ·         Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu

    (1 bulan)

     

    Pro-Intellect Consultancy Sdn. Bhd.

     

    30

     

    13.

    Penjagaan rambut (Hairdressing) ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang berdandanan/penjagaan rambut (hairdressing) 16

    Minggu (4 bulan)

     

    MSI Academy Sdn. Bhd.

     

    15

     

    14.

     

    Perunding Pelancongan (Tourist Guide)

    ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perundingan pelancongan  

    16

    Minggu (4 bulan)

     

    MSI Academy Sdn. Bhd.

     

    14

     

    BIL KURSUS PENGETAHUAN /

    KEMAHIRAN

    TEMPOH PENYEDIA

    LATIHAN

    JUMLAH

    PESERTA

     

    15.

     

    Penternakan

    ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh  

    1 Minggu

    (6 hari)

     

    Akademik MJ Fatonah Sdn.

    Bhd.

     

    30

    JUMLAH KESELURUHAN 735

    RKRS 2013

    BIL KURSUS PENGETAHUAN /

    KEMAHIRAN

    TEMPOH PENYEDIA

    LATIHAN

    JUMLAH

    PESERTA

    1. Pembangunan Kemahiran Siswazah ·         Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir

    ·         Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja

    2 Minggu (14 hari) Malaysian Institute of Management (MIM)  

    70

     

    2.

     

    Perbankan dan Kewangan Islam

     

    ·         Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam

     

    11 Minggu

    (33 jam)

     

    Pusat Pengajian At- Tibyan dan MIM

     

    54

     

    3.

     

    Pentadbir IT

    (IT

    Administrator), Sijil Selenggara LAN dan Sijil Membaiki Komputer)

     

    ·         Kemhairan dalam pengurusan perkakasan (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb.

    ·          Kemahiran dalam pengurusan server, reka

    ·         bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah.

    ·          Kemahiran membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian

     

     

     

    5 Minggu

    (25 hari)

     

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

     

     

    57

     

    4.

     

    Juruteknik Fiber Optik

     

    ·         Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian.

     

    2 Minggu

    (10 hair)

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

    51

     

    BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
     

    5.

     

    Pengurusan & Operasi Halal

     

    ·         Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia.

     

    2 Minggu

    (10 hari)

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

    49

     

    6.

     

    Adobe Photoshop, Animation & Microsof Office

     

    ·         Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop & Microsoft Office

     

    3 Minggu

    (15 hari)

     

    Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

     

    32

     

    7.

     

    Industri Maritim/ Perkapalan

     

    ·         Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam

     

    4 Minggu

    (30 hari)

     

    Myous Maritime Sdn.

    Bhd.

     

    45

     

    8.

     

    Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita

     

    ·         Pengetahuan dan kemahiran jahitan pakaian lelaki dan wanita

     

    12 Minggu

    (3 bulan)

     

    Akademik Jahitan Kamsiah

     

    60

     

    9.

     

    Percetakan Segera (Flash Stamp Printing)

     

    ·         Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera

     

    3 hari

     

    ANQR Flash Stamp Agency Sdn.

    Bhd.

     

    134

     

    10.

     

    Pendidikan Awal Kanak- Kanak

     

    ·         Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak

     

    4 Minggu (1 bulan)

     

    Pro-Intellect Consultancy Sdn. Bhd.

     

    85

     

    11.

     

    Keusahawanan Perkhidmatan Perakaunan

     

    ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perakaunan

     

    1 Minggu (5 hari)

     

    A. Razak & Co

     

    60

     

     

    BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
     

    12.

     

    Penternakan

     

    ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh

     

    1 Minggu

    (6 hari)

     

    Akademik MJ Fatonah Sdn.

    Bhd.

     

    155

     

    13.

     

    Bakeri

     

    ·         Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang bakeri ; kek, roti & pastri

     

    1 Bulan

    (30 hari)

     

    My Chef Enterprise Sdn Bhd

     

    60

     

    14.

     

    Kerjaya Mutawwif

     

    ·      Pengetahuan dalam kerjaya sebagai Konsultan, Mutawwif Umrah dan Haji

     

    5 Hari

     

    AMTC Services Sdn Bhd

     

    85

     

    15.

     

    Kemahiran Teknikal Komputer, Keusahawanan & Tenaga Pengajar Microsoft

     

    ·      Pengetahuan dalam keusahawanan, kemahiran teknikal IT & pembangunan kendiri

     

    1 Bulan

    (30 Hari)

     

    Skali Community Engangement Sdn Bhd

     

    50

    JUMLAH KESELURUHAN 1047

Lampiran

Tiada Lampiran.