Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
23) PEMBANGUNAN KELUARGA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan negeri ada bercadang membina pusat jagaan kanak-kanak negeri Selangor, dengan yuran yang berpatutan, sebagai langkah mengurangkan beban ibu bapa muda yang tidak mampu membayar Ôorang gajiÕ di rumah, dan bimbang tentang keselamatan anak mereka jika ditinggalkan bersama Ôorang gajiÕ di rumah?
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik cadangan di atas untuk membina pusat jagaan kanak-kanak Negeri Selangor. Bagi memenuhi keperluan ibu bapa muda yang majoritinya berkerjaya, cadangan mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taska di pejabat adalah penyelesaian yang terbaik terutama dari aspek kos dan masa.
Di Negeri Selangor, terdapat beberapa buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan taska di tempat kerja bagi menempatkan anak-anak mereka di sepanjang hari tempoh waktu bekerja. Ianya bukan sahaja dapat menjimatkan masa perjalanan ke tempat kerja, malah yuran yang dikenakan adalah lebih berpatutan dan tahap kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak mereka adalah lebih rendah.
Kewujudan taska di rumah juga adalah lebih praktikal dan mampu mengurangkan beban ibu bapa yang bekerjaya. Namun begitu, tidak ramai pengasuh kanak-kanak di rumah yang tampil untuk mendaftar taska mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan PBT. Justeru itu, Jawatankuasa Tetap Kebajikan telah menyediakan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) khusus kepada pengasuh kanak-kanak di rumah dan di taska bagi mempelajari cara penjagaan, keselamatan, pemakanan, advokasi, kesihatan dan kebersihan kanak-kanak yang betul. Sijil Asuhan Selangor akan diberikan di akhir kursus berkenaan kepada pengasuh kanak-kanak yang mana ianya akan membantu dan melayakkan mereka untuk mengasuh kanak-kanak dan keselamatan taska berkenaan akan dipantau oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.