Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?

    Jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D’Village adalah sebanyak 24 kawasan yang melibatkan 24 DUN di Negeri Selangor seperti berikut :

    Bil DUN terlibat
    1. Sri Andalas
    2. Sri Muda
    3. Kota Anggerik
    4. Sungai Pelek
    5. Lembah Jaya
    6. Chempaka
    7. Jeram
    8. Bukit Melawati
    9. Sungai Burong
    10. Meru
    11. Kampung Tunku
    12. Bukit Gasing
    13. Tanjung Sepat
    14. Sekinchan
    15. Sijangkang
    16. Morib

     

    Bil DUN terlibat
    17. Hulu Klang
    18. Sri Muda
    19. Paya Jaras
    20. Gombak
    21. Pelabuhan Klang
    22. Selat Klang
    23. Ijok
    24. Bangi

     

  2. Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?

    Program SPIES D’Village dilaksanakan tidak mengikut pecahan elemen (Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial) kerana pelaksanaan program SPIES adalah hasil daripada gabungan lima (5) elemen tersebut. Program ini telah dimulakan pada tahun 2013 dan sehingga Mac 2014 sebanyak 67 program telah dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

    • Program SPIES D’ Village Masyarakat;
    • Program SPIES D’Village Keluarga;
    • Program SPIES D’ Village Remaja;
    • Program SPIES D’ Village Belia;
    • Program SPIES D’ Village Pimpinan Masyarakat; dan
    • Program SPIES D’ Village

     

  3. Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?

    Dana yang dibelanjakan tidak mengikut pecahan S-P-I-E-S kerana program yang dilaksanakan merangkumi 5 elemen tersebut dan elemen-elemn tersebut bukan suatu yang terpisah. Jumlah dana yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 592,474.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.