Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
21) KAWASAN INDUSTRI DI KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan industri yang terdapat di daerah Kuala Selangor?
Kawasan-kawasan industri yang adalah di Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut;-
Bil. Daerah Bilangan Kawasan Industri Senarai Kawasan-Kawasan Industri 1. Majlis Daerah Kuala Selangor 6 1. Suria Industrial Area, Kuala Selangor 2. SMI Industrial Area Kuala Selangor
3. Alam Jaya Industrial Park
4. Batang Berjuntai Techno Industrial Park
5. Asahi Industrial Area
6. Kota Puteri Industrial Area
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk dari 2008 - 2013 ke daerah Kuala Selangor?
Bagi tempoh 2008 sehingga 2013, sebanyak RM 1,261,000,867 dengan 70 projek perkilangan yang diluluskan di Daerah Kuala Dari jumlah ini sebanyak RM 979,986,591 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 281,014,276 daripada pelaburan asing. Sebanyak 6,374 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Daerah / Lokasi
Projek
Peluang Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal pelaburan (RM)
Kuala Selangor 7 338 44,674,449 1,633,725 46,308,174 Jeram 4 601 35,831,962 0 35,831,962 Tanjung Karang 1 15 17,000,000 0 17,000,000 Batang Berjuntai / Bestari Jaya 11 2,819 597,872,034 170,293,431 768,165,465 Sungai Buloh – Kuala Selangor 47 2,601 284,608,146 109,087,120 393,695,266 Jumlah 70 6,374 979,986,591 281,014,276 1,261,000,867 Sumber : MIDA
-
Nyatakan jumlah pekerja tempatan yang bekerja dan mendapat manfaat dengan kewujudan kawasan industri tersebut?
Merujuk kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah rakyat tempatan yang bekerja dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah sebanyak 546,500 orang. Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia hanya menerbitkan maklumat secara keseluruhan sahaja dan tiada maklumat mengikut daerah yang dikeluarkan ketika
(Sumber : Jadual 12, Bilangan Penduduk Bekerja Mengikut Industri Di Negeri Selangor 2010 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia (https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx).
Manakala merujuk kepada jumlah projek yang diluluskan di Daerah Kuala Selangor bagi tempoh 2008 hingga 2013, sebanyak 6,374 potensi peluang pekerjaan telah ditawarkan untuk penduduk tempatan.