Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

15) HAL EHWAL ISLAM, MASJID DAN SURAU

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kerajaan memantau masalah jenayah terhadap kanak-kanak di Selangor?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 14 Mac 2014 telah menolak soalan ini.

  2. Adakah JAIS mengemaskinikan undang-undang dan polisi syariah di sudut pemakaian terutama untuk wanita Islam?

    Buat masa ini, JAIS tidak mempunyai polisi tertentu berhubung pemakaian wanita dan lelaki di Negeri Walau bagaimanapun, JAIS pernah mengemukakan satu kertas cadangan berhubung “Dasar Kerajaan Negeri Terhadap Tuntutan Menutup Aurat Wanita Dan Lelaki Islam Di Selangor” khusus kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Anak- Anak Syarikat ketika hadir waktu bekerja dan waktu mengahadiri majlis rasmi. Justeru, kertas ini akan dikemukakan semula untuk pelaksanaan. JAIS mencadangkan polisi ini dengan mengharapkan pentadbiran baru dapat menyokong dan melaksanakan cadangan garis panduan pemakaian wanita dan lelaki di Negeri Selangor.

    Sehubungan dengan itu, kertas yang sama telah dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan justifikasi dan syor yang sama. MAIS telah bersetuju menerima syor-syor seperti dicadangkan. Satu deraf tentang arahan atau pekeliling untuk dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah pun dikemukakan kepada pihak SUK Selangor untuk disemak dan untuk dilaksanakan. Namun, perkara ini masih lagi dalam penelitan dan pertimbangan SUK Selangor untuk dilaksana dan dikuatkuasakan. Perkara ini sedang diteliti semula oleh pihak SUK untuk dilaksanakan dan JAIS menyokong   penuh   agar    kertas    cadangan   ini   diberi   pertimbangan   yang sewajarnya.

  3. Adakah peruntukan dan pembangunan surau dan masjid diselaraskan mengikut DUN?

    Peruntukan bagi pembangunan masjid di bawah seliaan JAIS dan JKR adalah berpandukan ketetapan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK). Bagi RMK-10 (2011-2015), perancangannya dibuat pada tahun 2010 dengan mengambilkira keutamaan serta keperluan setempat berdasarkan permohonan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk ADN dan OBD kerana jumlah permohonan adalah tinggi berbanding kemampuan peruntukan yang diluluskan.

    Walaubagaimanapun, Kerajaan memperuntukkan bantuan moreh kepada semua surau yang berdaftar dengan JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.