Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

14) SUMBER BEKALAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi?

    1. Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum akan masalah kekurangan bekalan air boleh mendatangkan kesan dan risiko yang besar dari segi sosial, ekonomi dan politik serta imej Di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, Klausa 7.4(b) memperuntukkan seperti berikut:-

     

    “Sekiranya SYABAS menjangkakan atau meramalkan kekurangan dalam bekalan air mentah, SYABAS hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor secara bertulis tentang kekurangan itu, dan juga cadangan SYABAS mengenai bagaimana kekurangan itu dapat di atasi. Notis dan cadangan itu hendaklah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor sekurang- kurangnya tiga (3) tahun sebelum tarikh yang dijangkakan atau diramalkan berlakunya kekurangan air mentah. Kerajaan Negeri Selangor tidak diwajibkan untuk melaksanakan cadangan SYABAS tersebut atau mana- mana bahagian darinya dan berhak atas budi bicara dan pertimbangan sendiri untuk menentukan cara-cara mengatasi kekurangan itu”.

     

    Semenjak tahun 2005, SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah membuat kajian dan mengemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor program-program yang perlu dilaksanakan untuk menghadapi masalah kekurangan air yang dijangkakan akan berlaku sebelum Projek Penyaluran Air dari Pahang ke Selangor beroperasi. Namun demikian, keputusan pembangunan sumber air yang mencukupi adalah tanggung jawab Kerajaan Negeri Selangor.

     

    Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menafikan keperluan untuk menyediakan air yang mencukupi adalah penting dalam mengurangkan gangguan kepada pengguna. Namun demikian, dalam keadaan yang mana bekalan air adalah terhad, adalah merupakan perkara penting untuk memastikan bahawa operator yang dipertanggungjawabkan untuk agihan

     

    dan pembekalan air kepada pengguna merupakan operator yang benar-benar kompeten, cekap, berkemahiran dan berkemampuan dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut.

     

    Bagi mengatasi masalah bekalan air luar jangka, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah tahap kemahiran dan kecekapan operator. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa SYABAS selaku operator tunggal agihan dan pembekalan air bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak mencapai tahap kecekapan dan kemampuan yang sepatutnya. Ini jelas apabila SYABAS dengan sewenang-wenangnya mencanangkan masalah krisis bekalan air hingga menimbulkan kepanikan di kalangan pengguna semasa mengumumkan cadangan catuan bekalan air.

     

    Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor berpandangan, penyelesaian ke atas SYABAS ini hanya boleh dicapai dengan memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di bawah Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Penang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

     

    Bagi mengatasi kekangan paip agihan ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Projek Mitigasi 2 oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mana projek-projek tersebut adalah:-

     

    • Pengagihan Semula Kapasiti Reka Bentuk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1;
    • Pengagihan Semula Kapasiti Reka Bentuk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3- Bukit Badong; dan
    • Pemindahan Pukal Rasa

     

    Projek Mitigasi 2 ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2015.

     

    Selain dari kekangan sistem paip agihan, didapati bahawa di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya belum mempunyai sistem maximum conectivity yang boleh menghubungkan bekalan dari semua loji utama sedia ada. Sebagai contohnya, kebanyakan loji rawatan air terletak di utara Negeri Selangor dan mendapat sumber air mentah dari Sungai Selangor, sekiranya berlaku pencemaran sumber air mentah hingga menyebabkan loji tidak boleh membuat pengeluaran air bersih, jika terdapat maximum conectivity maka air dari loji yang berada di bahagian selatan seperti Loji Sungai Semenyih dan Loji Sungai Langat boleh membantu mengurangkan gangguan kepada pengguna.

     

    Di bawah Projek Mitigasi 2 yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pinjaman dari Kementerian Kewangan, telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Petrkhidmatan Air Negara (SPAN) bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3(SSP 3) hendaklah mengeluarkan air terawat melebihi kapasiti reka bentuk antara 10 – 20% (overloading). Bagi memenuhi kehendak pengeluaran secara overloading ini, Kerajaan Negeri Selangor perlu menyediakan sumber air mentah yang mencukupi untuk diproses oleh kedua-dua loji rawatan tersebut.

     

    Bagi menampung permintaan over loading tersebut dan sebagai langkah persediaan untuk memastikan sumber air mentah mencukupi, Kerajaan Negeri Selangor membangunkan projek Hybrid of River Augmentation Storage/System (HORAS). HORAS adalah akronim bagi konsep gabungan Off River Storage (ORS) dengan Horizontal Collector Well. Sistem ini melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan bekas lombong Bestari Jaya. Berdasarkan kepada data limpahan di Baraj Bestari jaya, adalah didapati sumber stormwater Sungai Selangor adalah mencukupi untuk ditakung ketika berlaku lebihan daripada penggunaan loji-loji di Sungai Selangor. Keupayaan takungan ini dianggarkan mencukupi untuk 4 bulan tanpa aliran dari Sungai Selangor ketika musim kemarau pertengahan tahun.

     

    Pembangunan kolam takungan melalui konsep Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) sebagai sumber air terawat untuk menakung air larian di hiliran sungai memberi kebaikan antaranya:-

     

    1. Mengurangkan penggantungan sepenuhnya kepada pelepasan air dari empangan;

     

    1. Mengelakkan pembaziran air yang dianugerahkan oleh Allah melalui hujan dengan pengurusan sumber air yang lestari;

     

    1. Mengelakkan risiko banjir di penempatan kawasan hiliran

     

    Anggaran awal mendapati pengeluaran antara 300 JLH   hingga 600 JLH boleh diperoleh dari takungan HORAS berdasarkan kepada keluasan dan kedalaman takungan. Melalui projek ini, air dari sungai yang keruh boleh dijernihkan dengan tempoh pemendapan. Projek ini juga akan ditambah dengan penggunaan kaedah bed filteration yang mana ini boleh mengurangkan proses rawatan air setakat pengendorsan klorin untuk disinfeksi. Kaedah ini dijangka dapat menjimatkan kos CAPEX dan kos operasi loji.

     

    Kawasan yang telah dikenal pasti untuk pembangunan takungan air larian di hiliran adalah di hilir Sungai Selangor melibatkan kawasan tapak projek yang dikenal pasti adalah kawasan bekas lombong seluas 235 hektar dalam bentuk beberapa kolam yang berbeza dari segi saiz dan ke dalamannya. Komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS adalah:-

    Kolam Takungan dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600 JLH. Air yang ditakung dalam kolam takungan ini didapati dari akuifer dan seterusnya akan dipamkan ke Loji Rawatan Air yang berhampiran.

    1. Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan Reno mattress dengan keluasan dianggarkan 1930 meter;

     

    1. Kerja-kerja pembaikan dan pelindungan sungai sejauh 3.8 km bagi tujuan menambah baik aliran sungai dengan kaedah melebar dan mendalamkan Sungai Selangor;

     Pemasangan sheet piles sepanjang 3km bagi mengelakkan peresapan dari tebing sungai ke dalam kolam takungan dan juga melindungi tebing sungai dari terhakis;

    1. Stesen mengepam air mentah;
    2. Jalan keluar masuk dianggarkan sepanjang 48 km; dan
    3. Kerja-kerja

    Konsep pembangunan HORAS ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang telah membincangkan mengenai satu Kertas Makluman bertajuk “Penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat” dalam Majlis Mesyuarat Sumber Air (MSAN) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 01 November 2012.

    Pembangunan takungan air larian di hiliran sungai boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap tidak membazir kepada sumber air sedia ada dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai-sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.

  2. Nyatakan status terkini paras air di empangan-empangan Selangor?

    Mengikut rekod yang dicatatkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 31 Mac 2014, maklumat empangan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    EMPANGAN TAKUNGAN HUJAN

    (mm)

    (Mmᵌ) %
    Batu 25.00 90.13 0.00
    Klang Gates 12.75 50.32 0.00
    Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) 6.79 76.35 0.00
    Langat 16.71 49.02 1.00
    Semenyih 42.19 71.43 1.90
    Sg Selangor 84.01 36.53 1.58
    Sg Tinggi 70.93 61.94 17.00
    Tasik Subang 3.65 86.77 0.00

     

  3. Nyatakan status terkini kawasan-kawasan yang sudah dikenakan catuan air dan empangan-empangan yang terlibat?

    Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju meluluskan pelaksanaan pengagihan air berjadual bermula dari 27 Februari 2014 mengikut butiran berikut:-

    • Peringkat 1 – Diaktifkan bermula pada 27 Februari 2014 akibat dari peningkatan paras ammonia dalam air mentah di Sungai Langat yang mengakibatkan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas;

     

    • Peringkat 2 – Diaktifkan bermula pada 2 Mac 2014 akibat dari pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 JLH dari empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates; dan

     

    • Peringkat 2 – Diaktifkan bermula pada 10 Mac 2014 akibat dari pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 500 JLH dari empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Pengurangan air mentah ini menyebabkan loji SSP 1, SSP 2, SSP 3, LRA Rasa dan LRA Rantau Panjang, LRA Bukit Nanas dan LRA Wangsa Maju mengurangkan pengeluaran air terawat.

     

    Kawasan yang terlibat di dalam pengagihan air berjadual ini adalah seperti berikut di bawah:-

    WILAYAH KAWASAN JUMLAH KAWASAN JUMLAH AKAUN JUMLAH PINTU RUMAH
     

     

    HULU LANGAT

    Zon 1:

    Balakong – Taman Sg Besi Indah

    17 15,262 19,167
    Zon 2:

    Impian    Ehsan    – Sg Long

     

    22

     

    13,481

     

    21,278

    KUALA LANGAT Zon 1:

    LRA Bukit Tampoi

    19 8,573 9,867
    SEPANG Zon 2:

    Dengkil dan Salak Tinggi

    13 9,876 9,873

     

    PERINGKAT 1:

     

     

    PERINGKAT 2:

    WILAYAH JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT JUMLAH AKAUN JUMLAH                         PINTU RUMAH
    HULU SELANGOR 53 79,625 88,322
    KUALA SELANGOR 25 32,374 33,068
    PETALING 29 71,069 75,410
    GOMBAK 39 49,236 52,420
    KUALA LUMPUR 102 81,909 105,395
    KLANG 12 44,129 77,002
    JUMLAH 260 358,342 431,617

    PERINGKAT 3:

    WILAYAH JUMLAH KAWASAN    YANG TERLIBAT JUMLAH AKAUN JUMLAH PINTU RUMAH
    HULU SELANGOR 53 79,625 88,322
    KUALA SELANGOR 126 32,071 33,068
    PETALING 144 194,072 232,267
    GOMBAK 130 127,583 133,896
    KUALA LUMPUR 111 70,940 100,977
    KLANG 24 131,190 134,502
    JUMLAH 588 635,451 722,032

     Melalui pemantauan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor mendapati bahawa pelaksanaan pelan pengagihan air berjadual ini dibuat mengikut konsep dua hari ada air dan dua hari tiada air berjalan lancar dan memuaskan di mana SYABAS telah memberikan kerjasama sedaya upaya untuk meningkatkan kecekapan dari segi tempoh pemulihan serta meminimakan pergerakan logistik. Bekalan air secara amnya dibekalkan melalui paip mengikut jadual.

     

    Walaupun pelan pengagihan air berjadual ini telah dilaksanakan, namun disebabkan oleh keadaan cuaca panas, paras Empangan Sungai Selangormasih berada kritikal di mana setakat 31 Mac 2014, telah mencapai paras simpanan sebanyak 36%. Pengagihan air berjadual peringkat 4 ini jika dilaksanakan akan melibatkan semua wilayah SYABAS kecuali wilayah Sabak Bernam.

    Pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 1000 JLH dari Empangan Sungai Selangor bukanlah suatu kaedah yang akan diterima baik oleh pengguna kerana ia akan menyulitkan dan melibatkan kerugian besar terutamanya kepada pengusaha kilang dan perdagangan Pelaksanaan pengagihan air berjadual peringkat 4 jika dilaksanakan akan melibatkan tenaga kerja yang ramai bagi menutup dan membuka ratusan injap setiap hari di samping keperluan logistik lain seperti lori tangki, kenderaan sokongan yang lain dan tangki statik. Jadual kawasan yang terlibat dan bila sebenarnya pengaktifan pelan catuan ke 4 ini hanya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Lampiran

Tiada Lampiran.