Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

13) PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI DESA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak peruntukan bajet 2013 telah digunakan untuk program ini?

    Bagi tahun 2013, Kerajaaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi projek pembangunan luar bandar di sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Setiap daerah telah diperuntukkan sejumlah RM500,000.00 secara keseluruhan. Program ini melibatkan projek penyelenggaraan jalan-jalan kampung, penyelenggaraan longkang dan perparitan, baikpulih balairaya, penyelenggaraan kemudahan sukan, baikpulih jambatan dan dataran-dataran awam dengan sejumlah 204 buah projek yang telah disiapkan sepenuhnya pada Disember 2013.

    Projek-projek yang telah dilaksanakan pada Tahun 2013 adalah seperti berikut:

    PECAHAN PERBELANJAAN MENGIKUT JENIS PROJEK BAGI TAHUN 2013
    JENIS PROJEK BIL. PROJEK JUMLAH (RM)
    – Jalan 59 1,451,570.96
    – Longkang / Perparitan 30 511,454.49
    – Dewan/Balairaya 96 1,667,686.09
    – Surau / Sekolah / Masjid 4 71,582.99
    – Kemudahan Sukan 8 205,227.00
    – Bangunan 1 14,000.00
    – Pagar 1 18,000.00
    – Dataran 1 20,297.50
    – Jambatan / Titi 2 34,750.00
    – Pelbagai 2 14,256.00

     

    JUMLAH KESELURUHAN 204 4,008,825.03
  2. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2013.

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah method yang digunakan untuk melaksanakan program ini?

    Method yang digunakan untuk melaksanakan program ini iaitu dalam pembangunan desa secara holistik ini, kesemua kampung akan diambil kira dan ianya akan dijalankan secara berfasa. Langkah-langkah pelaksanaan Projek Pembangunan Desa adalah seperti berikut:

    1. Peringkat pertama ialah Memberi Kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan pembangunan “Raising Awareness”. Pada peringkat pertama ini, Ketua-Ketua Kampung akan mendengar sendiri mandat daripada Y.A.B Dato Menteri Besar. Pada peringkat ini juga akan diadakan sesi perbincangan untuk mempelajari sebab-sebab dasar-dasar terdahulu gagal oleh pembuat/pelaksana. (lesson learn – experienced based)

     

    1. Peringkat kedua ialah Memperkenalkan Agenda Polisi, “Create Policy Agenda”. Pada peringkat kedua ini, akan diadakan bengkel “Kenali Kampungku”. Struktur pelaksanaan bengkel ini akan diketuai oleh Jawatankuasa Pemandu dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pelaksana dengan kerjasama JKKK. Bengkel ini akan disertai oleh Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Kampung, Setiausaha JKKK, Wakil Bengkel ini bertujuan mengenal pasti pelanggan serta profil kampung seperti asset tenaga manusia yang dimiliki, kemudahan serta sumber sedia ada, sistemkewangan dan politik setempat, serta proses komunikasi di kampung itu. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan perbincangan dua hala mengenai masalah-masalah yang dihadapi di kampung-kampung yang menyekat kemajuan ekonomi mereka. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada masyarakat kampung sendiri tentang kemajuan yang diinginkan di kampung mereka.

     

    • Peringkat ketiga ialah untuk Menyusun Agenda-Agenda yang dibincangkan dalam bengkel Mengikut Keutamaan. “ Prioritize Agenda”

     

    1. Peringkat keempat ialah Menggubal Dasar Baru. “ Enact on New Policy”. Peringkat penggubalan dasar baru ini akan diadakan hasil daripada pemantauan terperinci dari semasa ke semasa terhadap projek-projek yang dalam proses pelaksanaan bagi memastikan dasar digubal wajar dengan keperluan yang diteliti di peringkat akar

     

    1. Peringkat kelima ialah untuk Memantau Dan Menilai Polisi-Polisi.

    “Evaluate Policy”.

    Pelaksanaan pembangunan desa bersepadu dan mampan ini bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan tersebut. Langkah-langkah asas dalam pembangunan sesuatu komuniti adalah seperti berikut:

    1. Membina Sokongan merupakan tonggak yang paling utama di dalam dasar ini dimana ianya memerlukan kajian diperingkat akar umbi serta mendapatkan maklumat-maklumat yang

     

    1. Membuat Perancangan. Setelah mendapatkan maklumat yang diinginkan, perancangan bagi memastikan program ini berjalan secara lancar adalah Kajian-kajian juga turut dilakukan keatas program yang gagal dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

     

    • Implemantasi dan Menyesuaikan Perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian di sesebuah kampung tradisi di Negeri Selangor.

     

    Menggekal Momentum. Sekiranya pelan yang dirangka bersesuaian dengan kampung tersebut, ia akan diteruskan sehingga mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.