Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
8) MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan daripada keseluruhan peminjam MIMBAR berapa peratuskah yang telah berjaya merubah kehidupan mereka.
Peratusan yang telah berjaya menjana pendapatan yang lebih baik serta mengubah kehidupan mereka adalah dianggarkan melebihi 20%.
Antara proses pembangunan yang telah dilaksanakan dan dirangka untuk peserta ialah:
- Lawatan berkala pegawai operasi di setiap
- Latihan pengurusan kewangan yang membantu peserta mengawal kos perniagaan, meningkatkan jualan, dan pengiraan untung
- Program “Success Story” adalah program terbaru yang dirangka oleh MiMBAR khusus untuk peserta paling berjaya di dalam perniagaan Mereka ini akan menjadi MENTOR MiMBAR kepada peserta- peserta baru di dalam program-program taklimat/latihan. Mereka ini akan terlibat secara langsung dalam program-program hebahan MiMBAR di media perdana.
**Nota:
Kajian Kes 1:
Nama Peserta: Puan Arbiah Binti Ahmed Jenis Perniagaan: Bakeri (Arby Bakery) DUN: Batu Tiga
Impak pembiayaan kepada perniagaan:
- Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta bakeri ini menjalankan perniagaannya di rumah bagi tempahan. Pada masa itu beliau masih lagi menyewa peralatan dan mesin adunan tepung, pembakar, rak pameran roti, dan
- Akan tetapi, selepas menerima pembiayaan pinjaman mikrokredit dari MiMBAR Selangor yang diperolehinya sebanyak RM2,000, beliau telah berjaya memiliki mesin dan peralatan tersebut sebagai aset perniagaannya. Ia adalah hasil daripada kejayaan beliau menjana pendapatan yang melebihi dari sebelumnya sehingga memperolehi lebihan yang berganda. Akhirnya mampu membuat tabungan atas untung yang diperolehinya dengan hanya bantuan modal tambahan itu tadi dan kursus pengurusan kewangan yang dihadirinya di bawah anjuran MiMBAR
- Kini beliau beroperasi sepenuhnya di premis perniagaannya dan telah mendapat pembiayaan untuk kali kedua seterusnya dapat meningkatkan produktiviti perniagaannya dengan menambah beberapa mesin dan peralatan bagi menampung tempahan yang semakin
Kajian Kes 2:
Nama Peserta: Puan Sohana Binti Chiros Jenis Perniagaan: Katering
DUN: Bukit Lanjan
Impak pembiayaan kepada perniagaan:
- Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta ini mengalami penurunan tahap kehidupan yang Walau bagaimanapun, beliau meneruskan kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan dalam bidang khidmat menyediakan dan menghantar tempahan makanan. Beliau turut berusaha mendapatkan tempahan tetap dari firma swasta di Shah Alam.
- Justeru itu, selepas mendapat pembiayaan pinjaman dari MiMBAR pada pusingan pertama, jumlah pinjaman sebanyak RM1,500 itu digunakan untuk membeli emas terpakai sebagai modal tambahan bagi menampung kos perniagaan Akhirnya disebabkan pengurusan kewangan dan perancangan yang baik, beliau mampu meneruskan perniagaan kateringnya yang mendapat semakin banyak tempahan setiap hari.
- Kini, beliau membuat pinjaman pusingan kedua dengan nilai tambahan pinjaman sebanyak RM3,000, beliau bercadang untuk menambah peralatan katering bagi memenuhi tempahan yang kian
-
Bagi peminjam yang enggan melunaskan hutang mereka apakah tindakan yang telah dan akan diambil.
- MiMBAR Selangor memberikan tempoh pembayaran balik selama 18 bulan. Pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran semula kepada MiMBAR
Antara langkah yang diambil oleh MiMBAR Selangor adalah:-Pemotongan bayaran balik melalui Arahan Tetap Bank (Standing Instruction) Pemotongan secara bulanan melalui Arahan Tetap yang dipersetujui oleh peserta adalah kaedah yang wajib dikenakan ke atas semua peserta yang telah berjaya diluluskan Melalui kaedah yag dilakukan setiap bulan itu menjadikan bayaran balik lebih berdisiplin dan memberi jaminan pembayaran semula akan dibuat kepada MiMBAR.
- Pemantauan dan kutipan
Pemantauan terhadap peserta dibahagikan mengikut zon kawasan bagi setiap pegawai. Setiap peserta yang telah diluluskan pinjamannya akan dipantau dari segi perniagaan yang dijalankan dan corak bayaran balik mereka. Peserta yang kurang berdisiplin dalam pembayaran balik melalui potongan bank akan didekati dengan kaedah pembayaran secara manual iaitu melalui pegawai operasi. Kaedah ini akan disesuaikan mengikut masa dan kemampuan peserta yang menjadikan peserta kurang rasa terikat dan tidak perlu untuk ke bank setiap bulan. Terdapat juga peserta yang suka untuk membuat bayaran di pejabat kerana dengan cara ini mereka lebih berpeluang dan cepat mengetahui informasi dan program terkini yang disediakan oleh MiMBAR Selangor mahupun kerajaan negeri.
- Operasi turun padang
Pada setiap bulan, MiMBAR Selangor akan mengkaji corak bayaran balik peserta sama ada melalui bank mahupun manual. Apabila melihatkan corak ini berubah dengan drastik pada satu-satu masa atau bukan bermusim, operasi turun padang besar-besaran akan dilakukan oleh semua kakitangan. Pada ketika ini, MiMBAR Selangor akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang liat, bermasalah dan tegar dalam membuat pembayaran. Peserta akan diingatkan tentang baki pinjaman dan keperluan mereka untuk melunaskan pinjaman sebagai tanggungjawab kendiri. Pada masa ini juga, bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah yang kritikal, boleh berbincang dengan pegawai operasi sama ada untuk membuat penangguhan bayaran atau menjadual semula pembayaran mereka.
- Surat peringatan
Langkah yang lebih tegas akan dikeluarkan oleh MiMBAR Selangor terhadap mereka yang tegar dan tidak mengendahkan bayaran balik pinjaman. Surat peringatan akan dikeluarkan dan ditinggalkan di premis atau kediaman mereka sekiranya mereka sukar dihubungi dan diajak berjumpa. Surat peringatan ini merangkumi jumlah pinjaman yang telah dibiayai, jumlah yang perlu dilunaskan setiap bulan dan baki bayaran. Surat peringatan ini biasanya adalah untuk mereka yang benar-benar bermasalah.
- Kerjasama ketua masyarakat
MiMBAR Selangor juga menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat iaitu dengan melakukan perbincangan dan membawa serta ketua-ketua masyarakat di setiap kawasan seperti pengerusi penduduk, qariah masjid, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak lain yang lebih dekat dengan masyarakat setempat mereka. Kaedah digunapakai supaya dapat
mengenalpasti masyarakat setempat yang bermasalah dan meminta bantuan mereka untuk mendekati dan berbincang dengan peserta yang bermasalah agar dapat melunaskan pinjaman mereka.
- Kempen bayaran balik
Kempen bayaran balik turut giat dijalankan bagi memberi kesedaran kepada peminjam. Kempen ini dilakukan dengan pelbagai kaedah di serata kawasan.
- Penjadualan semula
Bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah berat, mereka boleh berbincang untuk membuat penjadualan semula bayaran balik mengikut kepada kemampuan mereka sehingga stabil semula. Penjadualan semula ini dibenarkan setelah dikenalpasti permasalahan yang dihadapi peserta.
-
Kenapakah skim MIMBAR ini dibekukan buat sementara waktu?
Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor sejak dari Mac 2011 yang lalu. Permohonan baru dan pembiayaan tetap diteruskan. Pada masa yang sama pinjaman Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja adalah pembiayaan yang diutamakan untuk mendidik peserta berdikari bagi menjana pendapatan.
Di samping itu pada tahun 2013, MiMBAR Selangor lebih menumpukan kepada penilaian gerak kerja seperti berikut:
- penambahbaikan operasi kutipan bayaran balik
- penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) permohonan baru dan pembiayaan
- menganalisis syarat-syarat permohonan baru
MiMBAR Selangor juga masih meneruskan aktiviti pembangunan pesertanya melalui latihan dan kursus-kursus yang berbentuk:
- kemahiran perniagaan dan kewangan
- perkongsian ilmu dan pengalaman peningkatan tahap perniagaan
- teori perniagaan dan pemasaran