Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

6) PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013 SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melaksanakan sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?

    Perayaan Deepavali merupakan perayaan utama yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di negara ini. Hal ini tidak terkecuali berlaku di Negeri Selangor kerana kaum India merupakan antara 3 kaum terbesar di negeri ini selain Melayu dan Sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berlangsung di Jalan Tengku Kelana, daerah Klang. Pemilihan kawasan tersebut adalah berdasarkan kawasan berkenaan merupakan kawasan utama bagi penempatan dan upacara keagamaan masyarakat India di negeri Selangor. Satu jawatankuasa telah diwujudkan sebagai persediaan menyambut Majlis Perayaan Deepavali tersebut. Perayaan Deepavali telah disambut secara besar-besaran dan gilang gemilang dengan disertai oleh kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Ahli-ahli Majlis kaum India dan beberapa golongan VIP. YB-YB EXCO telah dijemput sebagai tetamu kehormat. Majlis tersebut telah diadakan selama dua hari. Pada majlis tesebut, beberapa acara telah diadakan. Tidak terkecuali pemberian hamper kepada 300 orang sebagai sumbangan kebajikan.

    Dalam masa yang sama satu lagi Program Rumah Terbuka Deepavali tahun 2013 telah diadakan di DUN Kota Alam Shah. Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka tersebut dapat dirasai dengan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan yang tidak mengira bangsa. Majlis Makan Besar tersebut adalah bertujuan untuk sama-sama tidak mengira kaum untuk meraikan Perayaan Deepavali.

  2. Berikan penyata perbelanjaan dalam Program Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?

    Perbelanjaan bagi Sambutan Deepavali tahun 2013 telah menelan belanja sebanyak RM246,878.72 Penyata perbelanjaan bagi Program Perayaan Deepavali 2013 Peringkat Negeri Selangor adalah seperti di

    SENARAI PERBELANJAAN BAGI SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013 DAERAH KLANG

     

    BIL

     

    PERKARA

    ITEM  

    JUMLAH (RM)

    KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)
    1. Iklan di surat khabar
    1. Nanyang Siang Pau 1 3,595.52 3,595.52
    2. Oriental Daily Sdn Bhd 1 5,300.00 5,300.00
    3. Tamil Malar Tamil Daily 2 3,500.00 7,000.00
    4. Malaysian Nanban 2 6,000.00 12,000.00
    5. Harian Tamil Makkal Osai 1 6,992.00 11,984.00
    4,992.00
    6. Harian Tamil Thina Kural 2 4,409.60 8,819.20
    7. Tamil    Nesan   (M)    Sdn. 1 2,500.00 2,500.00
    Bhd.
    51,198.72
    2. Percetakan

    1.      Banner

    2.      Bunting

    3.      Kad jemputan / ucapan

    300 64.00 19,200.00
    10 18.00 180.00
    3,000 1.70 5,100.00
    24,480.00
    3. Jamuan

    10 November 2013

     

    8,000

     

    12.00

     

    48,000.00

    4 Pentas

    1.      Sistem suara dan lampu

    2.      Unit kuasa

    3.      Persiapan pentas

     

     

    Perincian seperti di LAMPIRAN

     

    23,300.00

    7,500.00

    19,000.00

    49,800.00
    5. Hamper 1,000 49.00 49,000.00
    6. Persembahan Artis 5 1,000.00 5,000.00
    7. Gendang India 2 800.00 1,600.00
    8. Hiasan / Cenderahati

    1.      Corsage bunga

    2.      Bunga malai

     

    80

    40

     

    3.75

    50.00

     

    300.00

    2,000.00

    2,300.00
    9. Peralatan Khemah

    1.        Kerusi

    2.        Meja banquet

    3.        Khemah

    2,000 0.50 1,000.00
    100 10.00 1,000.00
    8 250.00 2,000.00
    4,000.00

     

     

    BIL

     

    PERKARA

    ITEM  

    JUMLAH (RM)

    KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)
    10. Keselamatan (RELA) 20 orang x 2 hari 80.00 3,200.00
    11. Perkhidmatan Ambulans 1 buah x 2 hari 500.00 1,000.00
    12. Pengacara Persembahan 1 1,000.00 1,000.00
    13. Perkhidmatan Bergerak

    1.      Tandas VIP

     

    2.      Tandas Awam

     

    3.      Tangki Air

    Tandas
    2 700.00 1,400.00
    10 500.00 5,000.00
    6 400.00 2,400.00
    8,800.00
     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

    249,378.72

Lampiran

Tiada Lampiran.