Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
2) BANTUAN KEMASYARAKATAN PNSB MELALUI PEKAWANIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bantuan kemasyarakatan yang telah disalurkan oleh PNSB melalui Pekawanis?
Jumlah keseluruhan bantuan kemasyarakatan yang telah disalurkan PNSB kepada PEKAWANIS bagi tahun 2010-2014 berjumlah RM1,407,700.00.
SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS TAHUN 2010 BIL SUMBANGAN JUMLAH (RM) 1 Sumbangan Tahun Baru Cina 2010 129,000.00 2 Sumbangan Ramadhan 2010 163,000.00 TAHUN 2011 1 Sumbangan Tahun Baru Cina 2011 88,800.00 2 Sumbangan bagi Penyelenggaraan Rumah Puteri Arafiah 1,000.00 3 Sumbangan bagi Pengendalian Rumah Puteri Arafiah 127,500.00 4 Sumbangan Deepavali 2011 105,300.00 TAHUN 2012 1 Sumbangan Tahun Baru Cina 2012 81,900.00 2 Sumbangan Sambutan Hari Raya 2012 96,000.00 3 Sumbangan Deepavali 2012 93,600.00 TAHUN 2013 1 Sumbangan Tahun Baru Cina 2013 100,400.00 2 Sumbangan Ramadhan 2013 120,900.00 3 Sumbangan Deepavali 2013 163,800.00 TAHUN 2014 1 Sumbangan Tahun Baru Cina 2014 136,500.00 JUMLAH SUMBANGAN
RM1,407,700.00
-
Berikan pecahan menurut kategori bantuan
PENGENALAN
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat negeri Selangor. PNSB sentiasa bekerja-keras di dalam bidang tugas utama syarikatiaitu pembangunan hartanah demi kemajuan pembangunan dan menjana ekonomi negeri Selangor. Hasil daripada keuntungan syarikat akan disalurkan di dalam bentuk penganjuran program atau sumbangan tanggungjawab sosial korporat atau CSR untuk disumbangkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Usaha ini selaras dengan agenda kerajaan negeri Selangor di bawah program merakyatkan ekonomi selangor atau MES iaitu hasil negeri untuk rakyat.
Antara usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNSB adalah seperti berikut :
- PNSB telah melaksanakan pembinaan dan membaik-pulih rumah rakyat miskin dibawah program Kerajaan Prihatin yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan telah memperuntukkan dana tahunan sebanyak RM1 juta untuk program
- Sumbangan bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
- PNSB menyumbang kepada program sumbangan tahunan lembu-lembu korban sempena Hari Raya Aidil Adha. Program yang bermatlamat memberi tumpuan khusus kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidil Adha melalui sumbangan dan pengagihan lembu kepada semua masjid-masjid di negeri
- Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang bernaung di bawah Kelab Bola Sepak PNSB telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNSB untuk memberi manfaat dan faedah terutamanya kepada kanak-kanak dan para remaja di sekitar Shah Alam dan Selangor
- Memperuntukkan sumbangan tahunan kepada PEKAWANIS (Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor) di dalam penganjuran program- program kemasyarakatan seperti penyampaian bantuan kepada fakir-fakir miskin semasa musim-musim
Bermula dari tahun 2010, PNSB telah memperuntukkan sumbangan tahunan kepada PEKAWANIS di dalam bajet sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam membantu PEKAWANIS menganjurkan program-program kemasyarakatan seperti penyampaian bantuan kepada fakir-fakir miskin semasa musim-musim perayaan. Bantuan CSR ini juga merupakan usaha PNSB sendiri selaku sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat negeri Selangor khususnya untuk membantu mereka menerusi PEKAWANIS dan usaha ini selaras dengan
agenda kerajaan negeri Selangor di bawah program merakyatkan ekonomi selangor atau MES iaitu hasil negeri untuk rakyat.
PERBELANJAAN CSR BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM TAHUN 2014
JANUARI
BIL TARIKH PERKARA JABATAN/PERSATUAN/NGO JUMLAH (RM) 1 22/1/2014 SUMBANGAN KEPADA MASJID AL FALAH USJ 9 (PENGANJURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL)
MASJID AL FALAH USJ 9 1,000.00 2 29/1/2014 SUMBANGAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014 ANJURAN PEKAWANIS.
PEKAWANIS 136,500.00 JUMLAH 137,500.00 FEBRUARI
BIL TARIKH PERKARA JABATAN/PERSATUAN/NGO JUMLAH (RM) 1 25/2/2014 SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIK AMANDA SHAH (MANGSA LEMAS DI KOLAM KEDIAMAN RASMI DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR)
KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIK AMANDA DANNY SHAH
1,000.00 JUMLAH 1,000.00 -
Mengapakah bantuan ini tidak disalurkan melalui MBI?
PENGENALAN
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat negeri Selangor. PNSB sentiasa bekerja-keras di dalam bidang tugas utama syarikatiaitu pembangunan hartanah demi kemajuan pembangunan dan menjana ekonomi negeri Selangor. Hasil daripada keuntungan syarikat akan disalurkan di dalam bentuk penganjuran program atau sumbangan tanggungjawab sosial korporat atau CSR untuk disumbangkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Usaha ini selaras dengan agenda kerajaan negeri Selangor di bawah program merakyatkan ekonomi selangor atau MES iaitu hasil negeri untuk rakyat.
Antara usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNSB adalah seperti berikut :
- PNSB telah melaksanakan pembinaan dan membaik-pulih rumah rakyat miskin dibawah program Kerajaan Prihatin yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan telah memperuntukkan dana tahunan sebanyak RM1 juta untuk program
- Sumbangan bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
- PNSB menyumbang kepada program sumbangan tahunan lembu-lembu korban sempena Hari Raya Aidil Adha. Program yang bermatlamat memberi tumpuan khusus kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidil Adha melalui sumbangan dan pengagihan lembu kepada semua masjid-masjid di negeri
- Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang bernaung di bawah Kelab Bola Sepak PNSB telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNSB untuk memberi manfaat dan faedah terutamanya kepada kanak-kanak dan para remaja di sekitar Shah Alam dan Selangor
- Memperuntukkan sumbangan tahunan kepada PEKAWANIS (Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor) di dalam penganjuran program- program kemasyarakatan seperti penyampaian bantuan kepada fakir-fakir miskin semasa musim-musim
Bermula dari tahun 2010, PNSB telah memperuntukkan sumbangan tahunan kepada PEKAWANIS di dalam bajet sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam membantu PEKAWANIS menganjurkan program-program kemasyarakatan seperti penyampaian bantuan kepada fakir-fakir miskin semasa musim-musim perayaan. Bantuan CSR ini juga merupakan usaha PNSB sendiri selaku sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat negeri Selangor khususnya untuk membantu mereka menerusi PEKAWANIS dan usaha ini selaras dengan agenda kerajaan negeri Selangor di bawah program merakyatkan ekonomi selangor atau MES iaitu hasil negeri untuk rakyat.
PERBELANJAAN CSR BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM TAHUN 2014
JANUARI
BIL TARIKH PERKARA JABATAN/PERSATUAN/NGO JUMLAH (RM) 1 22/1/2014 SUMBANGAN KEPADA MASJID AL FALAH USJ 9 (PENGANJURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL)
MASJID AL FALAH USJ 9 1,000.00 2 29/1/2014 SUMBANGAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014 ANJURAN PEKAWANIS.
PEKAWANIS 136,500.00 JUMLAH 137,500.00 FEBRUARI
BIL TARIKH PERKARA JABATAN/PERSATUAN/NGO JUMLAH (RM) 1 25/2/2014 SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIK AMANDA SHAH (MANGSA LEMAS DI KOLAM KEDIAMAN RASMI DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR)
KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIK AMANDA DANNY SHAH
1,000.00 JUMLAH 1,000.00