Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

1) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk sokongan yang diberi kepada kontraktor ganti?

    Untuk makluman Yang Berhormat sedia maklum, pada dasarnya bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad secara pentadbiran dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana kontraktor ganti atau pemaju penyelamat dalam usaha menangani projek terbengkalai di Selangor di samping membantu nasib pembeli-pembeli yang Beberapa khidmat sokongan kepada kontraktor ganti atau pemaju penyelamat adalah seperti berikut :

     

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011 bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai.

     

    Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS akan memainkan peranan penting dalam mengaturkan perbincangan secara berkala dengan kontraktor atau pemaju penyelamat bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank bagi tujuan mempercepatkan pemulihan projek. LPHS akan bertindak sebagai agensi pemantauan ke atas kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh pemaju dan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi.

     

    • LPHS akan mengurusetia perbincangan secara berkala bersama semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

     

    • Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin diteruskan.

     

    • Mengatur pertemuan dengan institusi kewangan sebagai pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pembeli bagi menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan
  2. Benarkah ada pembekuan pendaftaran bagi kontraktor ganti/ penyelamat dalam jadual kedua dan ketiga Enakmen Rizab Melayu?

  3. Apakah dibolehkan pengambilan balik tanah di buat untuk menjamin hak pembeli?

Lampiran

Tiada Lampiran.