Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

336) MASTER TITLE PUTRA PERDANA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini proses penyelesaian masalah Master Title Putra Perdana?

    Secara keseluruhannya, Projek Pembangunan Putra Perdana adalah satu projek perumahan dalam skala yang agak besar. Projek ini melibatkan urusan tanah-tanah sebanyak 12 Plot kesemuanya. Daripada jumlah tersebut, hanya 5 Plot yang telah selesai urusan tanah. Manakala baki 7 Plot masih belum dapat diselesaikan dan masih dalam tindakan pihak-pihak yang

  2. Apakah perkara yang masih menjadi halangan untuk perkara ini diselesaikan?

     

    Antara perkara-perkara yang menghalang kelancaran proses urusan tanah bagi projek Pembangunan Putra Perdana adalah seperti berikut:

     

    • Bayaran premium gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dan tempoh pembayaran tersebut telah

     

    • Dokumen hakmilik asal tidak diserahkan oleh Pemilik Tanah pada masanya.

     

    • Terdapat Kaveat Persendirian yang dimasukkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

     

    • Pertukaran pengurusan dalam Syarikat juga memberi kesan kepada proses
  3. Bilakah jangkaan tarikh permasalah ini dapat diselesaikan?

    Dalam keadaan semasa Pejabat Tanah boleh menyelesaikan urusan tanah yang terlibat dalam tempoh 3 bulan. Walau bagaimanapun, projek Putra Perdana ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh biasa kerana terdapat halangan-halangan yang telah disebutkan di atas. Dalam hal ini, Pemilik Tanah dan Pemaju adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan baru bagi penyelesaian hakmilik individu bagi plot-plot

     

    * MAKLUMAT TAMBAHAN

     

     

    BIL. PLOT HAKMILIK INDUK CATATAN
    1. A PN 39250 Lot 14000 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan hakmilik individu telah dikeluarkan.
    2. B PN 39251 Lot 14001 Selesai – bagi Fasa 1 sahaja dan hakmilik asal telah dibatalkan manakala bagi Fasa

    2 dan 3 telah dimohon semula melalui permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah negara.

    3. C PN 39252 Lot 14002 Tidak selesai – hakmilik asal tidak dapat dibatalkan kerana terdapat kaveat persendirian.
    4. D PN 39253 Lot 14003 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan.
    5. E PN 39254 Lot 14004 Tidak selesai – hakmilik asal tidak diserahkan dan bayaran premium juga tidak dibayar dan telah luput.
    6. F PN 39255 Lot 14005 Tidak selesai – premium tidak dibayar dan telah luput tempoh pada 1 Mei 2002.
    7. G HSD 2479 PT 6256

    (Lot 14006)

    Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan 619 hakmilik baru telah didaftarkan.
    8. H PN 39256 Lot 14007 Selesai – hakmilik asal telah dibatalkan dan hakmilik individu telah dikeluarkan.
    9. I PN 39257 Lot 14008 Tidak selesai – Tanah Rizab Melayu.
    10. J PN 39259 Lot 14010 Tidak selesai
    11. K PN 39258 Lot 14009 Tidak selesai
    12. L PN 39260 Lot 14011 Tidak selesai

     

Lampiran

Tiada Lampiran.