Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

329) WABAK DENGGI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Tindakan Mencegah Denggi yang telah dan akan dilaksanakan di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras dalam menangani isu denggi di Negeri Selangor. Namun, kes denggi di Negeri Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Usaha giat membanteras denggi telah mula dijalankan mulai tahun 2013 dengan mengadakan Mesyuarat Mingguan Denggi Peringkat Negeri & Daerah, Program Gempur Aedes dan Kempen Kawalan Denggi.

     

    Pada tahun 2014, usaha ini dipergiatkan lagi dengan meneruskan Mesyuarat Mingguan Denggi Peringkat Negeri & Daerah, pelaksanaan Pelan Tindakan Program Denggi – KKM, Pelan Tindakan Denggi PBT – KPKT dan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014.

     

    Pada tahun ini pula, fokus utama Kerajaan Negeri dalam membanteras denggi adalah melalui:-

     

    • Pendidikan kesihatan;
    • Pelan Strategik Sifar Pembiakan Aedes Negeri Selangor; dan
    • Penggunaan inisiatif

     

    Antara usaha yang telah dijalankan pada tahun 2015 bagi menangani kes denggi di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    • Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan;

     

    • Mengadakan Mesyuarat    Membincangkan   Isu    Wabak    Denggi Peringkat Negeri Selangor secara Dwi – Mingguan;
    • Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling;
    • Operasi Tapak Bina;
    • Task Force Denggi diperingkat PBT;
    • Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah;
    • Aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko seperti di tapak bina, tanah kosong, rumah kosong, rumah ibadat, kawasan perumahan;
    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975;
    • Memberi kesedaran kepada orang ramai melalui khutbah jumaat & ceramah di masjid dan surau;
    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat;
    • Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate;
    • Program/ Projek Khas PBT seperti SEDAR, BATAS dan Advokasi Denggi;
    • Program Asap dan Musnah Daerah Petaling; dan
    • Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes yang telah diadakan pada 27-29 Julai 2015 dan turut dihadiri oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Jabatan kesihatan negeri selangor, Pejabat Kesihatan Daerah, dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

     

    Bengkel tersebut telah merumuskan pelbagai strategi baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Antaranya adalah seperti menggunakan kawalan biologi bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes, Majlis Pelancaran Tapak Bina Sifar Aedes yang akan melibatkan semua pemaju di Negeri Selangor, silibus pendidikan kesihatan kepada murid tadika dan sekolah Negeri Selangor serta apilikasi telefon bimbit yang akan memaparkan status denggi di sesuatu kawasan

     

    Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes ini akan dilancarkan pada Januari 2016 dan pelaksanaannya adalah pada sepanjang tahun 2016.

     

  2. Sejauh mana keberkesanan program mencegah denggi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri?

    Untuk makluman Ahli – Ahli Yang Berhormat, pelbagai usaha, program, tindakan telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras penyakit demam denggi dan nyamuk

    Pelbagai kejayaan juga telah di capai melalui program-program yang di laksanakan. Antaranya adalah seperti, Program Gotong-Royong  Mega: Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 telah di adakan pada 16 November 2014 manakala, Program Terjah & Musnah Aedes Daerah Petaling

     

    telah di adakan pada 7 Februari 2015 . Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor bersama semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersama-sama turun padang bagi melaksanakan program ini.

    Strategi utama program ini adalah meningkatkan kesedaran awam dan aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat.

    Keberkesanan Program ini dapat dilihat melalui statistik kes denggi mingguan yang semakin menurun setelah program ini di jalankan pada 7 Februari 2015 khususnya di daerah Petaling.

     

      31 10- 31- 7- 14- 21- 28- 7- 14- 21-
      Dis Jan- Jan- Feb- Feb- Feb- Feb- Mar- Mar- Mar-
      14 15 14 15 15 15 15 15 15 15
    Peta                    
    ling 751 657 1025 955 917 883 736 778 599 547

     

    Pada masa yang sama, hasil keberkesanan usaha-usaha lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri juga dapat dilihat melalui pengurangan kes denggi di Daerah Petaling yang menunjukkan pengurangan jumlah kes kepada 297 kes pada epid-41 tahun 2015 (17 Oktober 2015)

    berbanding pada epid 4 tahun 2015 (31 Januari) iaitu 1025 kes. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jumlah kes ini merupakan jumlah kes yang paling rendah sepanjang tahun 2015 di daerah Petaling.

     

    Melalui keadaan tersebut, ini membuktikan bahawa, Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil mudah mengenai isu denggi ini dan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memastikan masalah denggi di Negeri Selangor dapat dibanteras sepenuhnya.

  3. Berapa banyak kos dibelanjakan bagi melaksanakan program atau tindakan mencegah denggi?

    Jumlah peruntukan yang digunakan bagi melaksanakan program atau tindakan mencegah denggi bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM 11,014,348.27 dengan pecahan seperti berikut:-

     

     

    PBT RM
    MBSA 5,535,230.67
    MBPJ 2,700,000.00
    MPSJ 1,286,612.00
    MPK 100,000.00
    MPS 30,000.00
    MPAJ 476,415.60
    MPKJ 68,320.00
    MPSP 250,000.00
    MDKL 215,00.00
    MDKS 50,000.00
    MDHS 59,000.00
    MDSB 30,000.00
    PEJABAT DAERAH / TANAH RM
    PETALING 10,000.00
    GOMBAK
    KLANG 9,770.00
    HULU LANGAT
    SEPANG
    KUALA LANGAT
    KUALA SELANGOR 9,000.00
    HULU SELANGOR
    SABAK BERNAM
    UPEN 400,000.00
    JUMLAH 11,014,348.27

     

Lampiran

Tiada Lampiran.