Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
328) TRANSAKSI TANAH OLEH ECO WORLD DI IJOK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemusykilan yang dihadapi oleh MBI dan Eco World dalam transaksi tanah di Ijok?
Pada 22 September 2015, Eco World Development Berhad telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia bahawa pihaknya telah melakukan perjanjian jual beli bersyarat melalui anak syarikatnya Paragon Pinnacle Sdn Bhd dengan beberapa syarikat lain untuk membeli beberapa bidang tanah di Mukim Ijok, Kuala Selangor.
Bagaimanapun, sebahagian daripada tanah yang diumumkan itu, iaitu di Alam Mutiara terbabit dalam proses perundangan di Mahkamah yang turut membabitkan Kerajaan Negeri dan sehingga kini belum dimuktamadkan.
Tindakan Eco World membuat perjanjian berkenaan dilihat mengenepikan proses perundangan yang sepatutnya diselesaikan terlebih dulu sebelum membuat sebarang perancangan komersil.
-
Apakah kesan yang timbul terhadap kerajaan negeri dalam transaksi ini?
Kerajaan Negeri mengambil berat tentang isu pembelian tanah ini kerana ia membabitkan kebajikan peneroka yang belum mendapat pampasan setimpal disebabkan pemaju yang gagal menyempurnakan projek
Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan sebarang transaksi komsersil dalam hal ini hendaklah mematuhi prinsip keadilan sosial dan memberi keuntungan kepada semua pihak khususnya kepada rakyat Selangor.