Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
293) PERSATUAN BOLA SEPAK MELAYU SELANGOR (PBSMS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan dan jumlah yang diberikan kepada PBSMS?
Kerajaan Negeri Selangor (KNS) melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) adalah merupakan satu organisasi induk kepada Persatuan – persatuan Sukan Negeri (PSN). Persatuan Bolasepak Melayu Selangor bukanlah persatuan sukan negeri dalam bolasepak dan tidak bergabung dengan pihak Majlis. Oleh yang demikian, tiada peruntukan diberikan kepada persatuan ini. Walau bagaimanapun, pihak Majlis ada memberi sumbangan atas budi bicara bagi membantu persatuan ini menyertai Pertandingan Bolasepak Piala Emas Raja- raja.
-
Adakah PBSMS menyumbang kepada mutu peningkatan bola sepak Selangor?
Kejohanan utama persatuan ini adalah menyertai Kejohanan Piala Emas Raja- raja. Atlet – atlet yang menyertai kejohanan ini adalah dari barisan atlet – atlet yang belum layak dipilih ke dalam skuad pelapis dan skuad elit Selangor. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada barisan atlet – atlet ini untuk mendapat pendedahan dalam pertandingan. Dengan adanya program dan aktiviti penganjuran seperti Kejohanan Piala Emas Raja-Raja, ianya juga menyumbang kepada mutu sukan bolasepak dan juga merancakkan lagi pembangunan bolasepak di Negeri