Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
292) EMPAT PINTU KEDAI MILIK PKNS DI JALAN SULTAN ABD SAMAD BANTING YANG TELAH MENGALAMI KEBAKARAN PADA 5 MAY 2015
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerja-kerja membina semula oleh penyewa-penyewa bangunan mendapat makluman PKNS?
Kadar sewa yang dikenakan kepada penyewa adalah antara 00 skp – RM60.00 skp.
-
Apakah perancangan PKNS di dalam membangunkan semula kawasan berkenaan?
Kerja-kerja membina semula dijalankan atas inisiatif penyewa Selepas kejadian kebakaran, PKNS telah memaklumkan penyewa mengenai status tanah dan tindakan yang perlu diambil bagi membangunkan semula tapak tersebut di mana penyewa perlu mengosongkan tapak untuk tujuan tersebut. Bagaimanapun, penyewa masih meneruskan kerja-kerja membina semula walaupun tanpa kebenaran pihak yang berkaitan.
-
c) Apakah perancangan PKNS di dalam membangunkan semula kawasan berkenaan?
PKNS perlu mendapatkan semula pemilikan tanah yang telah tamat tempoh pajakan pada tahun 2004 sebelum mengemukakan pelan pembangunan yang baru kepada Majlis. Setakat ini Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat sedang menyediakan surat kelulusan rasmi (Notis 5A) bagi tapak tersebut kepada PKNS.