Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

282) PROGRAM KHAS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN IBUBAPA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program khas untuk mempastikan setiap ibubapa mampu mendidik dan membimbing anak menjadi insan yang berguna memandang keberantakan rumah tangga yang semakin meluas

    Kerajaan Negeri mengiktiraf insitusi keluarga sebagai satu institusi sosial yang menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan Negeri. Menjadi satu tanggungjawab sosial kepada Kerajaan Negeri untuk membantu ke arah proses melahirkan institusi keluarga yang sejahtera dalam kalangan rakyat di negeri

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga akan merangka Dasar Keluarga Negeri Selangor pada tahun hadapan dalam usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan mengambilkira pelbagai cabaran di zaman teknologi dan moden ini. Justeru itu, aspek kekeluargaan akan terus mendapat perhatian kerajaan di masa hadapan.

    Antara indikator yang akan diambil kira dalam membentuk dasar kesejahteraan keluarga ini adalah :

    1. Struktur Keluarga;
    2. Sosioekonomi Keluarga;
    • Jalinan Kekeluargaan;
    1. Kesihatan dan keselamatan;
    2. Budaya dan
  2. Apa perancangan untuk meningkatkan keupayaan untuk kaum bapa mengurus kewangan dengan baik?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mensasarkan beberapa program berbentuk kekeluargaan untuk dilaksanakan dalam tahun 2015. Antara program-program kekeluargaan yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah :-

     

    1. Seminar Keibubapaan “Towards Gen Alpha 2015”;

     

    Bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu keibubapaan kepada golongan ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak yang lahir dalam generasi Alpha memahami dan menangani cabaran membesarkan anak-anak dalam arus teknologi moden.

    1. Hari Bersama Keluarga (Family Day Out); dan

     

    Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan institusi kekeluarga sesama masyarakat. Selain itu memberi ruang masa berkualiti untuk bersama ahli keluarga. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

     

    iii)                 Program     kempen-kempen     kesedaran     terhadap     menangani keganasan terhadap wanita dan keluarga.

    Program ini bertujuan mendidik setiap ahli keluarga terutama remaja dan para suami berkenaan kefahaman gender serta hormat wanita sebagai antara langkah memupuk kesedaran dalam kesamarataan gender sekaligus dapat memberi pendedahan dalam isu keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan warga emas. Pelbagai agensi dan jabatan serta badan bukan kerajaan terlibat dalam usaha bersama ini.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga belum ada perancangan untuk mengkhususkan sesuatu program untuk satu golongan dalam institusi keluarga seperti golongan kaum bapa. Namun demikian, Kerajaan Negeri menyambut baik idea bagi membentuk suatu program perancangan untuk meningkatkan keupayaan kaum bapa dalam mengurus kewangan dengan baik. Disamping itu, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan cadangan dan komen-komen positif dari semua pihak dalam merangka pembangunan institusi keluarga di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.