Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

278) AKAUN AMANAH DISATUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci kedudukan terkini akaun tersebut?

    Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Deposit. Pada 30 September 2015, Akaun Amanah Disatukan telah menunjukkan baki sebanyak RM1,710.21 juta berbanding RM1,998.57 juta pada tahun 2014. Berikut adalah perincian Akaun Amanah Disatukan pada 30 September 2015:-

     

     

    Perihal

    Baki Pada 30.09.2015 Baki pada 31.12.2014
    RM JUTA RM JUTA
    KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN    
    Kumpulan Wang Pembangunan 75.64 173.66
    Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 44.92 40.14
    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1,113.34 1,323.51
    Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 14.74 11.58
    Jumlah Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1,248.64 1,548.89
    KUMPULAN WANG AMANAH AWAM 365.61 355.93
    AKAUN DEPOSIT 95.96 93.75
    JUMLAH AKAUN AMANAH DISATUKAN 1,710.21 1,998.57

     

  2. Sila nyatakan apakah prasyarat yang dikenakan bagi penggunaan dana akaun tersebut?

    Akaun Amanah Disatukan mengakaun semua terimaan dan bayaran wang amanah mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah dan Akaun Amanah Disatukan terdiri

     

    daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Deposit.

     

    Kumpulan Wang Amanah Kerajaan mengakaunkan terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan, Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.

     

    • Kumpulan Wang Pembangunan mengakaunkan terimaan dan bayaran pembangunan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
    • Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan ditubuh di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada anggota perkhidmatan awam Negeri, Ahli Pentadbiran, Perundangan dan Dewan Negeri Selangor dan Badan Berkanun Negeri;
    • Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Akaun Penyelesaian, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka dan Pelbagai Kumpulan Wang yang ditubuh di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi maksud tertentu; dan
    • Kumpulanwang Pembangunan Hutan ditubuhkan di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan

     

    Kumpulan Wang Amanah Awam mengakaun terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut akta khas atau Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Awam terdiri daripada Amanah Khas yang diwujudkan di bawah aktanya sendiri dan Amanah Am yang diwujudkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957.

     

    Akaun Deposit terdiri daripada Deposit Am dan Deposit Pelarasan. Deposit am merupakan wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawah undang- undang atau perjanjian dan perlu dibayar balik apabila maksud telah tercapai.

  3. Sila nyatakan apakah strategi dan pelaburan yang dilakukan bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan akaun tersebut?

    Pelaburan ke atas lebihan tunai Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor (termasuk lebihan Akaun Amanah Disatukan) dilaksanakan berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Disemak 1972) iaitu:-

     

    • Seksyen 8(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Disemak – 1972) yang memperuntukkan “Wang yang telah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan boleh disimpan dengan bank atau bank-bank tertentu sebagaimana pihak berkuasa kewangan dari semasa ke semasa akan arahkan”;

     

    • Seksyen 8(3)(b) Akta Tatacara Kewangan, 1957 (Disemak – 1972) memperuntukkan “Wang dalam kedudukan kredit bagi sebuah Negeri dengan mana-mana bank, atau selainnya dipegang oleh Negeri, boleh dilaburkan oleh pihak berkuasa kewangan negeri (i) dalam simpanan dalam mana-mana bank; dan pelaburan-pelaburan, bersama dengan

    apa-apa faedah yang telah diterima daripada nya akan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri”; dan

     

    • Seksyen 8(4) Akta Tatacara Kewangan, 1957 (Disemak – 1972) memperuntukkan faedah yang diterima daripada pelaburan mengikut subseksyen (3) hendaklah dimasukkan ke Akaun Hasil Disatukan melainkan jika ia disyaratkan dalam mana-mana undang-undang atau di bawah syarat-syarat mana-mana amanah di mana ia perlu dikreditkan ke Kumpulanwang

     

    Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri. Pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri telah berjaya membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum.

Lampiran

Tiada Lampiran.