Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
275) HOSPITAL BANTING DAN KLINIK BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan membina Bangunan baru untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Banting memandangkan ruang menunggu sedia ada sempit Dan Tidak selesa?
Pihak Kementerian Kesihatan telah mendapat peruntukan sebanyak RM 15 juta untuk pembinaan dewan bedah yang baru yang akan dibina di Hospital Banting di bawah RMK10 dan pihak Kementerian juga bercadang untuk memohon projek di bawah RMK 11 di bawah rolling plan kedua iaitu projek cadangan membina bangunan baru 8 tingkat bagi menempatkan wad dengan 140 katil, Farmasi Satelit, Mini Makmal dan x-ray yang bernilai RM 300
-
Apakah status Pembinaan klinik kerajaan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom? Sila nyatakan lokasi Dan keluasan tapak.
Melalui surat Majlis Daerah Kuala Langat bertarikh 17 Februari 2011 telah memaklumkan sebidang tanah berkeluasan 3.07 ekar yang disediakan oleh pemaju permodalan Negeri Selangor Berhad sebagai tapak pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tiga. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah tidak dapat membuat permohonan proses pemberimilikan tanah tersebut kerana laporan pemeriksaan teknikal yang dijalankan oleh JKR memaklumkan tapak yang dimaksudkan ialah sebuah tapak di atas air yang merupakan tapak bekas lombong dan amat tidak sesuai untuk pembinaan Sehubungan dengan itu, Pejabat Kesihatan telah menulis surat kepada pihak Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah Kuala Langat supaya tapak baru diperuntukkan untuk pembinaan klinik dan perlu berkeluasan 5 ekar supaya pembinaan Klinik Jenis 3 beserta 4 unit kuarters dapat dibina. Setelah pihak Jabatan bersetuju kesesuaian tapak baru tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Selangor akan memulakan proses permohonan pemberimilikan tanah dan permohonan projek Klinik Kesihatan akan dibuat sebaik sahaja proses pemberimilikan tanah selesai.