Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

272) KURSUS UNTUK WAKIL RAKYAT, AHLI MAJLIS DAN AHLI-AHLI JKP

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.

  2. Apakah program/ kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis / JKP dalam tempoh 2008 hingga 2015?

    Kerajaan Negeri sentiasa menitik berat kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat tidak terkecuali Y.B. Ahli Dewan Negeri (ADN). Sebagai seorang ADN yang memimpin komuniti di peringkat akar umbi adalah menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri menyediakan platform yang bersesuaian untuk melengkapkan ADN dengan ilmu pengetahuan sebaiknya. Antara kursus/seminar yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri:-

     

    Bil Tarikh/Tahun Kursus/seminar
    1 24 Jun 2013 Seminar Khas Y.B. Ahli Dewan Negeri dan pasangan
    2 9 Oktober 2014 Taklimat Portal Dewan Negeri Selangor
    Interaksi Bersama Pejabat Dewan Negeri Selangor
    3 31 Oktober 2014 hingga

    2 November 2014

    Kursus Pengurusan Tanah Siri I
    4 22 hingga 23 April 2015 Kursus Pengurusan Tanah Siri II

     

    Disamping kursus anjuran Kerajaan negeri, ADN juga berpeluang menghadiri seminar/kursus di peringkat Negara Komanwel anjuran Commonwealth Parliamentary Association (CPA) yang disediakan secara tahunan.

    Kerajaan Negeri juga turut menyediakan Kursus Asas Ahli Majlis/ Jawatankuasa Penduduk (JKP) yang baharu dilantik. Kursus ini memberi

     

    pemahaman berhubung peranan/ fungsi Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Pejabat Tanah dan Daerah.

     

    Y.B. Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis /JKP diwajibkan hadir ke Bengkel Penyediaan Belanjawan Tahunan Kerajaan Negeri supaya keperluan rakyat di kawasan masing-masing dapat digarap sebaiknya. Peluang dan ruang ini membuktikan peranan dan fungsi Ahli Majlis /JKP amat dititik beratkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.