Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

266) PRODUK PELANCONGAN PANTAI KELANANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan susur pesisir pantai Kelanang ke Kampung Tongkah, mengalami kerosakan akibat hakisan ombak, siapakah yang bertangungjawab terhadap jalan tersebut?

     

    Jalan tersebut adalah di bawah penyelenggaraan jps

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf dan menarik lebih ramai pengunjung untuk aktiviti pelancongan di kawasan pantai Kelanang?

    Satu projek melalui peruntukan UPEN (Pelancongan) telah diluluskan dan sedang dilaksanakan. Projek merangkumi pembinaan pentas terbuka, membina laluan pejalan kaki sepanjang 200m dan mengadakan 10 unit concrete bench di sekitar kawasan Pantai Kelanang bagi menambahbaik kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Kos projek RM65,979.70. Projek bermula 19.10.2015 Sehingga 30.11.15

Lampiran

Tiada Lampiran.