Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
262) PENYELENGGARAAN TANGKI PERKHIDMATAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tangki perkhidmatan air yang telah terbengkalai di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Jumlah keseluruhan kolam-kolam air dan tangki simpanan ini di seluruh negeri Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah pengurusan SYABAS adalah berjumlah 1,565. Daripada jumlah tersebut, hanya 68 buah kolam dan tangki simpanan yang tidak digunakan atas pelbagai
Bukan semua tangki yang terbengkalai akan di baik pulih. Tangki yang terbengkalai kerana paip pintasan tanpa melalui kolam-kolam air. Tindakan ini dilakukan kerana sumber bekalan air terawat yang tidak mencukupi menyukarkan proses menaikkan paras kolam air simpanan sebelum air disalurkan ke kawasan pengguna.
Manakala, tangki yang mempunyai kerosakan kerana struktur, termasuk perkakas mekanikal dan elektrik, disebabkan usia dan vandalisme akan dibaiki setelah peruntukan diteliti dan dibaiki mengikut keutamaan perbelanjaan modal yang bakal diluluskan olek Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk membaikpulih tangki-tangki tersebut terutamanya tangki yang terletak di Taman Putra Budiman dan Bukit Belimbing
Tangki Air Bukit Belimbing – Sedang dalam proses untuk di baik pulih oleh SYABAS. Tangki Air Taman Putra Budiman – Sedang dalam proses kajian SYABAS untuk diguna