Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
259) HAK MILIK STRATA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melaksanakan pembaharuan cara pemberian hak milik strata di bawah akta baru?
Kerajaan Negeri telah bersedia untuk melaksanakan pembaharuan cara pemberian hakmilik strata di bawah Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 [Akta A 1450].
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menambahkan pegawai supaya hak milik strata boleh dikeluarkan mengikut SOP sebelum bangunan siap?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri melihat tiada keperluan untuk menambah kakitangan. Walau bagaimanapun, sekiranya perlu bagi memastikan kelancaran pengeluaran Hakmilik Strata mengikut Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 [Akta A1450], Kerajaan Negeri bersedia untuk melantik kakitangan