Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

251) FFF2015 (FREEDOM FILM FESTIVAL 2015)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian dan polisi Kerajaan Selangor terhadap FFF2015?

    Freedom Film Festival 2015 (FFF2015) merupakan salah satu inisiatif pendidikan hak asasi manusia oleh Kerajaan Negeri dalam konteks “Membudayakan Masyarakat Prihatin” dengan kerjasama pihak NGO seperti Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat KOMAS) atau lebih dikenali sebagai KOMAS melalui penganjuran pertandingan filem-filem pendek berkaitan hak asasi manusia di dalam FFF.

     

    Kerajaan Negeri melihat filem-filem yang dihasilkan sepanjang kerjasama ini adalah satu hasil kerja yang perlu dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat negeri dalam “Membudayakan Masyarakat Prihatin” supaya kesedaran demokrasi yang sihat dapat dipertingkatkan di dalam masyarakat melalui tayangan- tayangan umum yang berskala kecil atau sederhana serta sesi diskusi yang melibatkan pimpinan serta wakil-wakil masyarakat di dalam sesebuah komuniti. Kesedaran demokrasi yang sihat perlu diwujudkan di kalangan rakyat Negeri Selangor yang mempunyai tiga komposisi kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India supaya rakyat negeri ini dapat hidup dengan penuh harmoni dan sejahtera serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

  2. Apakah bentuk sokongan Kerajaan terhadap FFF2015?

    Pada penganjuran FFF2015 kali ini, Kerajaan Negeri telah mengangkat FFF2015 sebagai acara utama di dalam pengisian program Kota Seni Petaling Jaya pada tahun 2015. Ini merupakan satu perkembangan sihat dan langkah terbaik yang pernah diambil oleh Kerajaan Negeri semenjak menyokong penganjuran FFF bermula tahun 2010 sehingga kini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan telah memperuntukkan sejumlah RM100,000.00 sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap penganjuran FFF2015

  3. Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan unit khas bagi mengukuhkan kerjasama dengan KOMAS, iaitu penganjur utama FFF?

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak melihat keperluan mewujudkan unit khas bagi mengukuhkan kerjasama dengan KOMAS. Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan sentiasa menyokong dan bersedia untuk memberikan kerjasama yang baik dengan pihak KOMAS serta mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang

Lampiran

Tiada Lampiran.