Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
246) PERUNTUKAN PWB
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan PWB yang telah dibelanjakan kepada setiap DUN dan bagaimanakah komitmen ADUN untuk mengetahui aliran kewangan tersebut?
Kerajaan Negeri amat memandang serius dengan pembangunan akar umbi khususnya kepada golongan wanita dalam Negeri Selangor. Justeru itu, melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB), Kerajaan Negeri telah menyalurkan memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita sepanjang tahun 2015. Peruntukan ini diletakkan dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah bagi tujuan pemantauan dan memudahkan permohonan peruntukan pelaksanaan program- program oleh PWB mengikut tatacara dan peraturan kewangan semasa. Berikut adalah laporan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh setiap PWB mengikut Daerah seperti di Lampiran 1.
Seperti yang semua sedia maklum, PWB ini diwujudkan mengikut kawasan Dewan Negeri (DUN) dan bersekali dengan manual prosedur operasi MOP). Sehubungan itu, perjalanan operasi PWB adalah mengikut peraturan dan tatacara seperti di dalam manual prosedur operasi tersebut.
Justeru itu, melalui format kertas kerja cadangan program yang akan dipohon oleh PWB DUN kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, proses yang perlu dilalui adalah kertas kerja itu perlu disemak dan disokong oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) atau Penyelaras DUN kawasan tersebut. Sehubungan itu, pihak ADUN atau Penyelaras DUN seharusnya terkait dalam urusan program-program PWB dan aliran kewangan PWB tersebut secara tidak langsung.
-
Mengapakah di peringkat PWB telah memotong peruntukan sebanyak RM15,000 untuk diselenggarakan program berstruktur tanpa persetujuan dari pihak PWB DUN?
Sejumlah RM30,000.00 telah diperuntukan kepada setiap DUN bagi tujuan pembangunan dan pemberdayaan wanita di kawasan tersebut. Program- program pembangunan dan pemberdayaan wanita terdiri daripada program berstruktur dan program tidak
Mengikut manual prosedur operasi (MPO) PWB, program dan aktiviti adalah meliputi 10 bidang fokus iaitu :
- Kepimpinan wanita
- Kefahaman Gender
- Keselamatan dan Kesihatan Keluarga
- Ekonomi Hawa dan pengurusan kewangan berhemah
- Hak dan undang-undang wanita
- Pendidikan dan Latihan
- Sosial budaya dan agama
- Pembangunan Keluarga
- Sukan dan rekreasi
- Alam sekitar dan kepenggunaan
Program berstruktur adalah program yang ditetapkan oleh pihak pejabat YB EXCO berdasarkan 10 bidang fokus berbentuk pemantapan ilmu dan latihan. Manakala program tidak berstruktur adalah program berbentuk kemahiran dan praktikal yang dikenalpasti oleh Penyelia PWB masing-masing.
Tidak timbul isu pemotongan peruntukan sebanyak RM15,000.00 tanpa persetujuan pihak PWB DUN seperti yang dimaksudkan oleh YB Seri Serdang kerana modul-modul ini perlu dilaksanakan disemua peringkat PWB DUN dan diselia oleh pihak pengurusan PWB, Pihak UPEN dan Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing.