Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
239) POLIS BANTUAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah polis bantuan yang telah ditempatkan di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2015.
Tiada Polis Bantuan yang ditempatkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor bagi tahun 2008 –
-
Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan komuniti yang selamat dan mengurangkan kadar jenayah dalam Negeri Selangor?
Antara strategi yang diambil oleh Kerajaan bagi mewujudkan komuniti yang selamat adalah seperti berikut:-
PBT bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menentukan lokasi pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi hot-spot jenayah;
Melaksanakan program pencahayaan di kawasan yang gelap;
Pengasingan laluan pejalan kaki;
Pemasangan cermin pandang belakang di laluan hot-spot jenayah;
Memaparkan papan tanda peringatan jenayah dan nombor talian PDRM;
Menyediakan tempat letak motosikal berkunci;
PBT mensyaratkan pemajuan pembangunan yang baru hendaklah mematuhi ciri-ciri pembangunan mengikut Garis Panduan Bandar Selamat; dan
PBT menyarankan penduduk menubuhkan Jawatan Kuasa Penduduk/Persatuan Penduduk;