Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
232) PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan persediaan kerajaan negeri bagi menghadapi musim tengkujuh?
Bagi menghadapi Musim Banjir / Tengkujuh, Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah melaksanakan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Musim Monsun Peringkat Negeri Selangor pada 7hb Oktober 2015. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 44 Jabatan/Agensi dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Pelan Persediaan bagi menghadapi Musim Banjir / Tengkujuh Peringkat Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Semua Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diarah melaksanakan Mesyuarat Persediaan diperingkat daerah dengan segera untuk memastikan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat, pengurusan pusat pemindahan serta bekalan bahan mentah yang mencukupi.
- Sejumlah 180 Pegawai dan 1188 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Selangor diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam.
- Sejumlah 28 Pegawai dan 427 anggota aktif Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor diletakkan dalam keadaan bersedia 24
- Sejumlah 877 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, 417 sukarelawan JKM, 21 Kaunselor dan 31 buah kenderaan JKM diletakkan dalam keadaan bersedia 24
- Aset bagi tujuan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh JPBM adalah seperti berikut:
Jenis Kenderaan
Bilangan Kapasiti Catatan Bot Aluminium
42 Unit 12 Pax Bot Kevlar 1 Unit 12 Pax Jet Ski 12 Unit 2 Pax Lori HICOM
8 Unit 5 Ton Lori ISUZU 10 Unit 3 Ton 4WD 50 Unit Ambulan EMRS
18 Unit Jentera Bomba
45 Unit Helikopter MI17
2 Unit 24 Pax Pengkalan Udara Subang
Helikopter 109 Agusta
1 Unit 6 Pax Pengkalan Udara Subang
Helikopter 139 Agusta
2Unit 12 Pax Pengkalan Udara Subang
- Aset bagi tujuan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh JPAM adalah seperti berikut
Jenis Kenderaan
Bilangan Kapasiti Catatan Lori 2 Unit 5 Ton Lori 3 Unit 3 Ton 4WD 10 Unit Ambulan 13 Unit Van Pengankutan
5 Unit Bot 13 Unit Motorsikal 4 Unit - Sejumlah 432 Pusat Pemindahan berkemampuan menampung 85,000 orang mangsa telah disenaraikan oleh JKM. Depot JKM Sungai Buloh telah bersedia dengan 44 jenis bekalan dengan kuantiti yang mencukupi bagi menghadapi banjir di Negeri
- Sejumlah 120 pam air / banjir ( pelbagai jenis) Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dalam keadaan baik dan bersedia. Semua 69 Stesen Telemetri, 82 Stesen Amaran, 14 Stesen Sukatan
Luahan, 124 Stesen Curahan Hujan, 14 Stesen Paras Air dan 18 Stesen Kamera Pemantauan Banjir dalam keadaan baik dan bersedia.
- Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berada dalam keadaan
- Peraturan Tetap Operasi Tindakbalas Menghadapi Bencana Banjir telah diedar kepada semua Jabatan /
- Bilik Gerakan Bencana Negeri akan membuat penyelarasan komunikasi dengan semua Bilik Gerakan Daerah dan Jabatan berkaitan.
-
Nyatakan SOP sekiranya berlaku bencana semasa musim tengkujuh?
SOP yang digunapakai dalam pengurusan bencana semasa musim tengkujuh adalah seperti berikut ;
- Pelan Pengurusan Bencana Negeri Selangor (Lampiran 1).
- Arahan 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, MKN (Lampiran 2).
- Peraturan Tetap Operasi Tindakbalas Menghadapi Bencana Banjir, MKN (Lampiran 3).