Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
231) MASALAH KEGAWATAN EKONOMI NEGARA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa buah syarikat ditutup atau berpindah ekoran kegawatan ekonomi negara ?
Bagi tempoh Januari hingga September 2015, sebanyak 14 syarikat telah menutup perniagaan sepenuhnya atau berpindah ke lokasi lain
-
Berapa ramai pekerja yang telah dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi di Negeri Selangor ?
Seramai 612 pekerja tempatan dan seramai 87 pekerja asing terlibat dengan pemberhentian disebabkan penutupan peniagaan atau perpindahan syarikat ke lokasi lain.
-
Apakah langkah Kerajaan untuk membantu mereka yang di buang kerja ?
Bagi membantu mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri mengadakan program-program jom kerja di beberapa daerah seperti di Gombak, Kuala Selangor dan Sabak
Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat ini disyorkan untuk mendaftar dalam portal JobsMalaysia untuk penjodohan pekerjaan di samping menjemput mereka hadir ke karnival – karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mereka juga turut dipelawa ke Temuduga Terbuka yang diadakan di cawangan-cawangan Jabatan Tenaga Kerja.
Selain usaha membantu pekerja yang terlibat mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan program-program bantuan melalui Jawatankuasa Tetap yang berkaitan untuk menggalakkan pekerja yang diberhentikan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti berikut;-
- Jawatankuasa Tetap Kemiskinan : Program Bantuan BluePrint Pembasmian Kemiskinan- yang memfokus kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal untuk membeli mesin. Bantuan maksimum diberikan adalah
sebanyak RM5000.00 (bantuan dalam bentuk pemberian mesin bantuan perniagaan.)
- Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan ; Program Hijrah Kerajaan Negeri menyediakan modal
- Jawatankuasa Tetap Usahawan: Dana Mikro pemberian dana sehingga RM30,000 untuk modal