Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

230) PERPADUAN RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah perpaduan di kalangan rakyat dalam negeri ini?

    Merumus dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri yang bersifat inklusif satu menjamin keadilan dan kemakmuran untuk semua

  2. Adakah terdapat program-program yang boleh menyemai perpaduan di kalangan rakyat?

    Semua program yang berteraskan keadilan dan kemakmuran untuk semua akan menyemai perpaduan di kalangan rakyat. Sambutan hari perayaan seperti hari raya Eidul Fitri, tahun baru cina dan Deepavali yang disertai oleh pelbagai kaum turut memperkukuhkan perpaduan.

  3. Apakah kerajaan berpuas hati tahap perpaduan di kalangan rakyat negeri ini?

    Saya berpuas hati tetapi usaha memupuk perpaduan perlu dilaksanakan secara berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.