Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

227) HUMAN TRAFFICKING DAN PATI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah 'human trafficking'?

    Negeri Selangor tidak terkecuali dalam menjadi tumpuan lokasi aktiviti pemerdagangan manusia atau “human trafficking”. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kegiatan jenayah pemerdagangan manusia yang semakin membimbangkan ini.

     

    Oleh kerana itu, Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah diwujudkan pada tahun 2010 dengan memberi fokus kepada tigas aspek utama iaitu perlindungan mangsa, pendakwaan, pemberdayaan masyarakat dan pencegahan.

     

    Objektif penubuhan MAPMAS adalah seperti berikut :

    Membantu Kerajaan    Negeri    dalam    memantau    kes-kes    jenayah pemerdagangan manusia di Negeri Selangor;

     

    Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;

     

    Menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa; dan

     

    Menjalankan kempen-kempen      kesedaran      berkaitan      jenayah pemerdagangan manusia di seluruh Negeri

     

    Namun begitu, isu yang berkaitan dengan Human Trafficking dan PATI adalah di bawah bidangkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

  2. Sila nyatakan jumlah pekerja asing berpermit dan tanpa izin mengikut sektor pekerjaan di negeri Selangor

    Kerajaan Negeri komited terhadap sumber tenaga sektor industri yang memberi perkhidmatan di Negeri Selangor. Namun demikian, buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui agensinya iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai data berhubung pekerja asing berpermit atau tanpa izin mengikut sektor pekerjaan kerana ianya di bawah bidangkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

  3. Apakah program pelindungan atau kebajikan yang diadakan untuk pekerja asing dan pendatang asing bawah UNHCR?

    Untuk pengetahuan sidang Dewan, satu Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telah dipersetujui untuk ditubuhkan dalam Mesyuarat Bil 3/2011 Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan pada 24 Mei 2011. Jawatankuasa Teknikal adalah terdiri daripada:

     

    1. Seorang Ahli Majlis sebagai Pengerusi;
    2. Pengarah Undang – Undang;
    • Pengarah Penguatkuasaan;
    1. Pengarah Perancang Korporat;
    2. Polis DiRaja Malaysia;
    3. Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    • Jabatan Perlesenan; dan
    1. Lain – lain jabatan yang dirasakan perlu

     

    Melalui Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia di peringkat PBT serta Jawatankuasa Bertindak MAPMAS Negeri Selangor, program – program advokasi pemerdangan manusia telah dijalankan di sektor industri. Kempen – kempen kesedaran dan penerangan telah diberikan kepada pekerja

    – pekerja asing mahupun tempatan di kilang – kilang dan industri. Namun demikian, usaha ini akan diperhebatkan lagi setelah proses penstrukturan semula Jawatankuasa Bertindak MAPMAS selesai dilaksanakan.

     

    Dan buat masa ini belum ada program perlindungan atau kebajikan secara khusus kepada pendatang asing di bawah UNHCR dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.