Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

211) TERDAPAT TANAH-TANAH DIBERI KEPADA PIHAK BERKUASA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, BALAI POLIS DAN SEBAGAINYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ekar tanah telah dipindah milik kepada PTP dalam masa 15 tahun yang lalu?

    Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) tiada mempunyai maklumat mengenai pindah milik tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Maklumat Tanah adalah diperolehi sama ada melalui urusan pelupusan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) atau pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Sepanjang tempoh 15 tahun yang lalu, sebanyak 148,008,045.005 ekar tanah telah dilupuskan secara pemberimilikan atau pengambilan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Jumlah tersebut juga melibatkan sebanyak 1,254 hak

  2. Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP, tetapi tidak dimajukan, senaraikan mengikut daerah?

    Terdapat 253 ekar tanah yang telah diberikan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), tetapi masih belum dimajukan dan berikut adalah butirannya mengikut daerah.

     

     

    BIL.

     

    DAERAH

    JUMLAH KELUASAN TANAH

    (EKAR)

    1. Gombak 55.264
    2. Hulu Langat 52.311
    3. Klang 247.780
    4. Hulu Selangor 7.272
    5. Kuala Langat 33.581
    6. Kuala Selangor 37.791
    7. Petaling 94.789
    8. Sabak Bernam 8.335
    9. Sepang 43.130
     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

    580.253

     

    Sumber: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

    Negeri Selangor

     

  3. Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP telah dijual kepada pihak ke 3

    Berdasarkan maklumat yang diterima melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Selangor, jumlah tanah yang telah dijual kepada pihak ketiga adalah berjumlah 824 ekar dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    BIL.     DAERAH MUKIM LUAS (EKAR) CATATAN
    1.     Petaling Bukit Raja 213 Pindahmilik Penswastaan
    2.     Petaling Bukit Raja 320.19 Pindahmilik Penswastaan
    3.     Petaling Bukit Raja 68.5 Pindahmilik Penswastaan
    4.     Klang Kapar 255.254 Pindahmilik Penswastaan
    5.     Sepang Bandar Baru Salak Tinggi 19.85 Penjualan (perolehan asal dibeli dari PKNS)
    6.     Petaling Bandar Shah Alam 7.03 Penjualan (perolehan asal dibeli dari

    PKNS)

     

    JUMLAH KESELURUHAN (EKAR)

     

    883.824

     

    Sumber: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.