Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

192) PERTANIAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan penglibatan belia dalam sektor pertanian sayuran secara komersial?

    Kerajaan Negeri sentiasa memberi galakan kepada golongan belia untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian terutama sekali bagi tanaman sayur secara komersil. Melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor pelbagai bentuk bantuan diberikan termasuk input pertanian seperti baja, benih dan racun serta peralatan jentera kecil seperti mesin pembajak kecil, pam air dan pam racun. Selain itu, peserta dari kalangan belia diberi bimbingan bagi mendapatkan sijil MyGAP dan pendedahan kepada peluang-peluang pasaran yang luas melalui ladang kontrak dan jualan terus hasil

  2. Nyatakan jenis dan jumlah bantuan yang disediakan kepada mereka jika ada?

    Jenis bantuan yang disediakan seperti berikut;

     

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM 480,000.00 bagi pembangunan tanaman

     

    Untuk peserta Agro Generasi Muda di bawah bimbingan Jabatan Pertanian, sebanyak RM 170,000.00 telah diperuntukkan bagi projek- projek yang telah diluluskan untuk tahun 2015. Antara bantuan yang diberikan adalah input seperti baja dan peralatan kecil pertanian

Lampiran

Tiada Lampiran.