Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

164) SUKAN RENANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan prasarana sukan renang di Selangor mengikut daerah?

    Daerah – daerah yang mempunyai prasarana sukan renang di Selangor adalah Daerah Petaling di dua (2) PBT iaitu di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Daerah Klang di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Daerah Gombak di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Ini tidak termasuk prasarana kolam renang milik swasta

  2. Apakah usaha bagi meningkatkan prasarana sukan renang di Selangor?

    Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melalui Persatuan Renang Amatur Selangor (PRAS) sentiasa berada pada tahap yang bersedia untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sukan renang ini di prasarana yang sedia ada. Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan meneliti keperluan untuk meningkatkan prasarana sukan renang di Negeri Selangor yang dilihat semakin digemari oleh golongan kanak – kanak

  3. Apakah perancangan bagi memastikan sukan renang diminati hingga ke akar umbi?

    Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melalui Persatuan Renang Amatur Selangor (PRAS) sentiasa merancang program dan aktiviti tahunan bukan sahaja untuk pasukan negeri malah pasukan di peringkat kelab – kelab di seluruh Negeri Selangor. Terdapat banyak kelab – kelab yang ditubuhkan untuk merancakkan lagi pembangunan sukan renang di peringkat akar umbi. Antara program dan aktiviti yang dijalankan secara tahunan adalah seperti penganjuran kejohanan, penyertaan ke kejohanan – kejohanan lain, program latihan dan

Lampiran

Tiada Lampiran.