Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
149) KOMPAUN PBT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh setiap PBT sejak tahun 2008 mengikut jenis kompaun dan nilainya.
Pelaksanaan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air Negeri Selangor pada tahun 2015 telah dijalankan oleh pembekal perkhidmatan yang dilantik iaitu syarikat AFJets Sdn. Bhd. Pembekal perkhidmatan ini adalah merupakan sesatunya syarikat yang mempunyai pesawat yang dilengkapi dengan kemudahan bagi tujuan operasi pembenihan awan di Malaysia. Pihak syarikat ini mempunyai kepakaran khusus serta kelebihan bagi operasi pembenihan awan di Malaysia dan telah melaksanakan operasi pembenihan awan bersama pihak LUAS dan JMM bermula 1 April 2014 sehingga 31 Dis 2014 di kawasan tadahan empangan Negeri Selangor. Pihak syarikat juga telah memberikan perkhidmatan operasi pembenihan awan kepada beberapa negeri lain sebelum ini seperti Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) dan MADA di Kedah.
-
Nyatakan jumlah kompaun yang tidak berbayar dan yang telah dibatalkan beserta dengan sebabnya.
Bayaran kepada pihak AFjets Sdn. Bhd. bagi tujuan pelaksanaan operasi pembenihan awan bermula 21 Februari 2015 hingga 6 Julai 2015 adalah dengan menggunakan peruntukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebanyak RM2,856,000.00. Walau bagaimanapun peruntukan tambahan telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam Mesyuarat MMKN Ke 30/2015 sebanyak RM2,856,000.00 dengan menggunakan peruntukan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan bermula 7 Julai 2015 hingga 31 Disember 2015. Kos perkhidmatan yang dibayar adalah meliputi kos ‘demurrage’, tempoh masa penerbangan dan bilangan penggunaan ‘hygroscopic flare’. Pelaksanaan operasi pembenihan awan akan dilaksanakan tertakluk kepada kesesuaian
-
Nyatakan jumlah kompaun tidak berbayar yang telah diambil tindakan pendakwaan.
Pihak LUAS telah mengambil inisiatif bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan operasi pembenihan awan (OPA) dengan pembekal perkhidmatan yang dilantik syarikat AFJets Sdn. Bhd. bermula pada 21 Februari 2015 dan dijangka hingga 31 Disember 2015 tertakluk kepada kesesuaian cuaca. Ia
bertujuan bagi meningkatkan taburan hujan terutamanya di kawasan tadahan air empangan yang seterusnya meningkatkan kapasiti takungan empangan di Negeri Selangor. OPA di Negeri Selangor menggunakan dua (2) pesawat Cessna 340A dan Cessna 172SP yang dilengkapi dengan bahan ‘hygroscopic flare’ di kedua-dua sayap pesawat. Bahan ‘hygroscopic flare’ merupakan hablur garam Natrium Chlorida (NaCl) bersaiz nano yang bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclear (CNN) yang diperlukan oleh wap air di udara untuk menjadi titisan air hujan.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi OPA Di Negeri Selangor
SOP terbahagi kepada tiga (3) peringkat persediaan seperti berikut:
- Sebelum Penerbangan
- Semasa Penerbangan
- Selepas Penerbangan
SOP Sebelum Penerbangan
- Memastikan segala permohonan kelulusan dan kebenaran penerbangan dari pihak berkuasa seperti Jabatan Penerbangan Awam diperolehi.
- Memastikan juruterbang dan pembantu juruterbang sentiasa bersedia sepenuhnya untuk penerbangan dan berada dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan
- Memastikan pesawat berkeadaan bersedia untuk terbang dengan mematuhi semua standard keselamatan pesawat antarabangsa bagi tujuan penerbangan.
- Pegawai Meteorologi akan memberi taklimat cuaca kawasan operasi satu (1) jam sebelum operasi bermula kepada semua juruterbang dan krew terlibat sama ada sesuai atau tidak operasi dijalankan pada hari tersebut. Ia merangkumi maklumat kawasan sasaran, masa penerbangan boleh dimulakan dan jangkaan sama ada berlaku hujan atau tidak sebaik sahaja OPA dijalankan dengan berdasarkan kepada analisa carta angin, gema radar (radar echo), jenis kesesuaian awan (kumulus menara), kelembapan atmosfera dan ketampakan kesan jerebu.
- SOP Semasa Penerbangan
- Juruterbang dan pembantu juruterbang perlu memastikan pesawat berada dalam keadaan yang baik sebelum berlepas dengan meneliti prestasi enjin dan sistem kawalan
- Memastikan kawasan operasi selamat dari segi kesibukan trafik udara dan kelulusan dari pihak menara kawalan untuk melaksanakan
- Segala maklumat parameter cuaca semasa penerbangan seperti suhu, kelembapan bandingan, jenis dan amaun kandungan awan pada paras tertentu perlu dicatat oleh pembantu
- Sentiasa memastikan keadaan kapal terbang baik dan terkawal semasa operasi dilakukan dengan meneliti keadaan dan prestasi
- Memastikan segala maklumat parameter cuaca yang diperolehi semasa operasi lengkap dan tepat sebelum meninggalkan kawasan
- SOP Selepas Penerbangan
- Memeriksa keadaan pesawat dan memastikan tiada kerosakan dan berada dalam keadaan baik untuk operasi
- Memastikan pesawat diletakkan di dalam keadaan yang
- Memastikan segala keperluan pesawat untuk operasi seterusnya dipenuhi.
- Mengumpul segala maklumat berupa parameter cuaca yang diperolehi semasa operasi dan diisikan di dalam laporan harian
- Maklumat harian parameter cuaca dan maklumat semua empangan di Negeri Selangor akan dianalisa dan satu Laporan Bulanan Teknikal OPA akan dikeluarkan pada setiap pertengahan bulan berikutnya. Ini adalah bagi tujuan analisa tren peningkatan atau penurunan jumlah hujan di kawasan sasaran dan perbandingan dengan bulan-bulan sebelumnya serta seterusnya memberi cadangan sama ada perlu dipertingkatkan atau dikurangkan bilangan operasi pembenihan awan di kawasan sasaran.