Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
141) PENGIKTIRAFAN SIJIL PEPERIKSAAN BERSATU (UEC)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan UEC.
Pada masa ini, KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapat pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.