Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
137) DASAR PEROLEHAN PKNS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah benar bahawa dasar perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100%?
Dasar Perolehan PKNS adalah berpandukan kepada Peraturan Perakaunan dan Kewangan PKNS yang telah diluluskan oleh Ahli Perbadanan PKNS. Kenyataan Dasar Perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100% adalah tidak
Dasar Perolehan PKNS adalah seperti berikut :
· Perolehan Sebut Harga (Kurang daripada RM500,000)
§ Perolehan Tender (Lebih daripada RM500,000)
- Terdapat 2 jenis Tender iaitu Tender Kerja dan Tender Bekalan dan Perkhidmatan
- Tender Kerja
- Kesemua tawaran tender PKNS hanya dipelawa kepada syarikat yang bertaraf Bumiputera sahaja kecuali bagi kerja-kerja kepakaran adalah terbuka kepada syarikat Bumiputera atau Bukan
- Tender Bekalan dan Perkhidmatan
- Hendaklah ditawarkan kepada syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Syarikat Bukan Bumiputera
- Perkhidmatan Perunding
- Adalah perkhidmatan yang disediakan oleh firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang perkhidmatan perunding berkaitan dan di kategori sebagai perunding fizikal dan perunding bukan
- Pelantikan Perunding adalah terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Bukan
-
Memandangkan PKNS dibiayai oleh wang pembayar cukai semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, adakah dasar ini masih relevan pada masa sekarang?
Tidak berkaitan
-
Apakah kesan TPPA terhadap dasar perolehan PKNS?
Tidak berkaitan. Dokumen TPPA masih bersifat sulit dan belum dihebahkan untuk pengetahuan umum oleh Kerajaan Pusat